Monday 25 July 2011

Staphylococcus Aureus kuman biasa yang boleh mengancam nyawa

Bakteria Staphylococcus Aureus
Staphylococcus Aureus merupakan kumpulan bakteria yang hidup di atas permukaan kulit dan di dalam rongga hidung manusia, atau rongga-rongga lain pada badan kita. Ia pertama kalinya ditemui oleh  Dr. Alexander Ogston, seorang pakar bedah di Aberdeen, Scotland pada tahun 1880.  Kuman ini mungkin berada di muka kita, di perut, dada, tapak tangan atau di mana2 sahaja pada badan kita. Selama mana kulit kita mengalami kecederaan seperti terhiris pisau, kulit melecet, terbakar, digigit serangga atau sebagainya, bakteria ini tidak memberi apa-apa kesan kepada kita walaupun kita sentiasa terdedah kepada bakteria ini. Bila kita mendapat luka dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat maka kita akan dapati pembentukan nanah berlaku pada tempat cedera tersebut. Ini adalah kerana bakteria staphylococcus ini mula aktif menyerang sistem badan dan membiak serta membentuk nanah.

         Staphylococcus Aureus juga di kenali sebagai Staph Aureus atau S. Aureus, yang membawa maksud "golden grape-cluster berry", "golden cluster seed", "the seed gold." atau "golden staph".  Pada umumnya kuman ini mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit seperti pimples, impetigo (boleh juga disebabkan oleh Streptococcus pyogenes), boils (furuncles), cellulitis folliculitis, carbuncles, scalded skin syndrome dan abscesses.  

bisul

       Secara semula jadi badan kita akan mengeluarkan antibodi untuk mempertahankan badan dari serangan kuman ini. Kelenjar-kelenjar badan mula aktif dalam mengeluarkan antibodi dan adakalanya kelenjar-kelenjar tersebut kelihatan membengkak, seperti di pangkal peha , ketiak atau sebagainya. Dalam sesetengah keadaan pada sesetengah orang luka yang sedikit akan sembuh begitu sahaja dalam tempuh tertentu tanpa mengambil apa-apa ubat. Ini adalah kerana mereka ini mempunyai sistem pertahanan badan (natural resistance) yang kuat serta dapat menghalang pembiakan kuman tersebut. Namun apa kata jika sistem pertahanan badan itu lemah, kita akan dapati orang yang dijangkiti kuman ini akan bertambah melarat. Kawasan yang cedera akan berlaku keradangan (inflammation), sakit berdenyut-denyut, seterusnya suhu badan akan naik, keresahan , tidak selera makan dan sebagainya. Lebih membimbangkan lagi ialah penularan berlaku pada organ-organ dalaman yang lebih komplek yang melibatkan hati, jantung, buah pinggang, paru-paru, usus, otak, maka keadaan ini menimbulkan gejala-gejala penyakit seperti pneumonia, meningitis, osteomyelitis, endocarditis, toxic shock syndrome (TSS) dan septicemia. Keadaan ini akan lebih serius kerana ia boleh mengancam nyawa pesakit.

kerosakan ginjal
Liver Abscess









       
         
           Kaedah perubatan konvensional akan memberi tumpuan kepada usaha mematikan atau menghapuskan kuman-kuman penyakit ini, kerana mereka beranggapan kuman penyakit inilah yang menjadi punca kepada kerosakan organ yang menimbulkan berbagai-bagai gejala buruk pada seseorang. Penumpuan kepada penggunaan antibiotik supaya dapat membunuh kuman-kuman bakteria ini untuk mengatasi sesuatu penyakit mungkin ada kebaikannya tetapi kesan antibiotik terhadap sistem imun badan perlu diambil kira. Ini adalah kerana bukan sahaja kuman bakteria perosak sahaja yang terhapus malahan bakteria baik yang membantu tubuh dalam penghasilan beberapa jenis vitamin serta membantu sistem imun juga turut terkorban. Bukan itu sahaja, apa yang lebih menakutkan para doktor ialah apabila kuman-kuman bakteria mencapai tahap imun dan kebal terhadap antibiotik. Ini berlaku di dalam serangan sekunder terhadap vital organ seperti paru-paru, hati, limpa, ginjal, otak dan lainnya. Keadaan ini dipanggil sebagai Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA). MRSA adalah merujuk kepada bakteria yang bertanggungjawab kepada jangkitan yang sukar dirawat dan kebal terhadap antibiotik seperti methicillin, dicloxacillin, nafcillin, oxacillin dan cephalosporins. MRSA juga dikenali sebagai multidrug-resistant Staphylococcus aureus atau oxacillin-resistant Staphylococcus aureus (ORSA). Serangan bakteria ini terhadap vital organ boleh menyebabkan kerosakan fungsi tubuh yang serius dan pada tahap terminal boleh mengancam nyawa.

           Rasulullah Sallallahu 'Alaihissolatu wassalam bersabda, "Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan Allah turunkan juga ubat baginya" (sahih, riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim).

           Maka jelas sekali hadis di atas membawa maksud setiap penyakit itu ada ubatnya. Masalah sesetengah ahli perubatan mengatakan 'Oh penyakit ini tiada ubat' mestilah diperbetulkan tanggapan ini dengan mengatakan ;'Oh saya belum ketemu penawar bagi penyakit ini'.

           Walaupun kuman staphylococcus kelihatan tidak merbahaya pada suatu keadaan dan boleh mengancam nyawa pada keadaan yang lain pula, namun di dalam ilmu perubatan homeopathy bakteria ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam senarai ubat-ubat homeopathy yang sangat berkesan. Penggunaan bahan-bahan ubat yang berpunca dari kuman penyakit juga dikenali sebagai nosode seperti Staphylococcin, Streptococcin, Morbillinum, Medhorrinum, Syphilinum, Tuberculinum, Pertussinum, Malandrinum, Vaccininum dan banyak lagi. Begitu juga penggunaan ubat yang berpunca dari rembesan mukosa haiwan seperti Adrenalin, Thyroidinum, Pepsinum, Pencreatinum dan sebagai lagi. Semua ubat yang tersebut di atas disediakan secara potentisation mengikut kaedah homeopathy dalam 'Minimal Dose'. Kaedah menggunakan kuman penyakit dan rembesan mukosa haiwan dipanggil Isopathic. Isopathic ini mula diperkenalkan oleh Johann Joseph Wilhelm Lux ( 1773-1849).  

kaedah potentisation
       
           Melalui pengalaman saya mengubat pesakit MRSA adalah suatu pengalaman yang mengujakan. Beberapa tahun lalu seorang rakan saya telah mengalami demam yang melampau. Semua ubat seperti paracetamol dan antibiotik tidak menjadi. Beliau dimasukkan ke Hospital besar Kemaman kerana disyaki demam denggi. Namun doktor tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa transfer ke Hospital Tengku Ampuan Hafzan, Kuantan, Pahang. Setelah hampir seminggu berada di hospital tersebut namun masih tidak menampakkan perubahan kepada kesembuhan. Doktor mengesahkan beliau mengidap Liver Abscess atau bisol pada hati. Antibiotik ditukar silih berganti. Tubuh makin menyusut, suhu badan tidak turun-turun, muka pucat, mata menguning, Selera terjejas dan makanan dirasakan semuanya masin.
           
        Saya menawarkan kepadanya untuk mencuba ubat homeopathy dan dia setuju. Dari keseluruhan gejala-gejala penyakit saya sudah dapat memilih beberapa penawar seperti China Officinalis, Hepar Sulphuris Calcarea, Calcarea Sulp, Myristica Sebifera dan sebagainya, namun saya lebih cenderung untuk memilih ubat yang bernama Staphylococcinum 200. Hasilnya setelah hanya satu dos diberikan (seingat saya hari khamis) dan keesokan harinya suhu badannya kembali normal. Doktor memantaunya beberapa hari berikutnya dan telah dibenarkan pulang setelah berpuashati keadaan kawan saya itu. Sekembalinya di Kemaman Terengganu beliau terus menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Saya membekalkan beberapa dos lagi ubat staphylococcin 200 dan Aconitum Napulus 6. Setelah sebulan beliau mengambil ubat homeopathy beliau membuat ujian ultrasound dan hasilnya beliau telah bebas dari idapan abscess pada hati. Alhamdulillah.
        
        Kes kedua melibatkan seorang lelaki berusia lewat 60an. Bermula dengan pembedahan membuang batu karang, selang beberapa minggu beliau mengalami demam yang tinggi. Setelah dirujuk kembali ke hospital dimana dia melakukan pembedahan buah pinggang didapati beliau mengidap jangkitan MRSA. Saya difahamkan beliau terpaksa melakukan pembedahan membuang nanah pada buah pinggang sudah lebih dari tiga kali. Akhirnya beliau datang ke klinik saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih kepada Allah yang telah menciptakan penyakit dan dengan kuman penyakit itu jualah bertukar menjadi penawar yang hebat.

9 comments:

  1. Salam doc, anak sy mengalami kecederaan yg parah doc mengesah anak terkena kuman MRSA skg anak sy di rawat di rumah ape kan ubat yg sesuai untuk merawat anak sy tolong hubungi saya di email zeyzul@hotmail.com atau tel: 0166002071

    ReplyDelete
  2. Ubat Homeopathy baik diberikan kepada masalah kecederaan anak anda bergantung sejauh mana kecederaan yg di alaminya. Jika rawatan dilakukan di rumah perlu penjagaan kebersihan yg rapi. jika sudah ada jangkitan MRSA tiada ubat yg paling sesuai melainkan Staphylococcin 200, hendaklah dimakan 3x sehari selama 4 hari berturut kemudian 1x sehari selama 2 minggu, kemudian 1 minggu 1x. Selain itu luka perlu dicuci menggunakan lotion Calendula Q, dan tempat luka perlu disapu cream Caledula Q dan dibalut. Jika berlaku demam bermakna kuman MRSA sudah menyelinap ke vital organ. Ubat demam perlu diberikan spt Aconite 6, Belladonna 6 atau sebagainya bergantung kpd simtomp. Beberapa ubt kerap digunakan dlm kes kemalangan spt Arnica Mont, Rhus Tox, Bellis Per. saya nasihatkan saudara pergi ke klinik Homeopathy berdekatan utk mendapatkan ubat2 yg sesuai.

    ReplyDelete
  3. Assalam Dr, anak sy jgk mengidap penuakit berkenaan.. Ank sy berumur 7 bulan, ada penah demam sehingga keluar campak sekam. Adakah ubat berkenaan sesuai untuk umur kanak2? Ini email sy siti.safwana.abd.razak@gmail.com

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum wr wb doktor, anak saya disahkan mengidap demam bakteria staphylococcus aureus, namun demikian, doktor yang merawat anak juga saya sendiri tidak berjumpa cara bakteria itu merebak. Anak saya tiada mengalami kecederaan di kulit, hanya sakit di bahagian tisu otot di bahagian kiri pinggul kiri sampai ke peha di syaki akibat bermain bola. Doktor yang merawat anak saya telah melakukan ultrasound, x ray, echo test, nasal swap, blood test untuk demam kepialu, demam denggue, kencing tikus, semuanya end up -ve. Semuanya tiada masalah. Cuma dalam darah ada bakteria s.aureus. Doktor yang merawat anak saya merawat anak saya menggunakan beberapa jenis antibiotik untuk merawat bermula 4th nov sehingga kini 6 nov 2015, namun demamnya masih turun dan naik especially waktu awal2 pagi, dan malam. Kesian anak saya yang terpaksa bertarung dengan demam dalam keadaan aircond yang menyucuk dan penggunaan panadol dan ubat supp juga brufen sekiranya demam panas dan nurse menyuruh anak saya jangan berkelubung, walhal anak saya dah menggigil2. Sudah 8 hari anak saya di hospital...makan berselera, tiada cirit, cuma stool dia lembut, air kecing normal warnanya dan kerap kencing. Cuma demam nya sahaja yang susah nak kembali normal, juga sakit di pehanya (ada kurang sakit semasa buat fisioterapi dengan ais, tetapi kembali sakit the next day bila therapist suruh anak saya mengayuh). Mohon bantuan doktor untuk bimbing saya dan suami merawat anak di rumah memandangkan saya dan suami membuat keputusan untuk release kan anak saya dari jagaan hospital. untuk pengetahuan doktor anak saya berumur 11 tahun, tiada luka2 atau kudis2 di badannya, yang saya perasan, ada kelemumur dan jerawat halus dimukanya. Doktor boleh hubungi saya di norsuzanaee@yahoo.com. terima kasih Doktor.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dokter...
    Saya disah kan menghidap baktetia mrsa.
    Doc dah buang nanah kat kaki...
    Lps 2 minggu luka dah agak kering.
    Kemudian doc mengusulkan jht luka sbb lka agk bsr...setelah 1minggu doc bka jhitan tp luka ada nanah dan doc bg antibiotik lg tuk 1 minggu..
    Ni dah seminggu luka tak kering lg...
    Apa ubat yg sesuai untuk merawat saya...
    Dokter blh hubungi saya di 0175703410.
    Terima kasih doktet

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum doc.
    Saya sekarang terkna jangkitan MRSA dan sedang dirawat di hospt. Kual pilah, jangkitan tu terkena semasa d hospital dan jangkitan tersebut kena pada luka yang besar di kaki kiri saya, mohon doc wasap saya, kerana saya ingin bertanyakan pada doc tentang ubat yang boleh merawat MRSA ini.. 0122966040

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum doc.Saya susah hati skrg kerana anak eczema dan disahkan dijangkiti mrsa. Sejak dijangkiti kuman ini, eczemanya susah nk kawal dan sudah 3 kali masuk wad. Last warded 10.4.19 dan bila discaj doc bekal ubat antibiotik SUPRIM 2 hari shj. Namun bdn flare semula selepas itu sehingga sekarang dan bahagian bdn dh flare keseluruhan. Apa saya perlu buat doc? Saya betul2 buntu. Harap dapat bantu saya. Saya sertakan email dan no.tel. terima kasih. harnizamonir@gmail.com 0126605040

    ReplyDelete