Wednesday 27 July 2011

Bagaimana Ubat Homeopathy Membantu Mencergaskan Akal

Itu Cergas Minda ?…                                                                                                                               
Cergas minda  adalah  ubat  Homoeopathy  yang  berkhasiat sebagai nutrien saraf otak. Ia telah dirumus mengikut kaedah dan prinsip perubatan Homoeopathy-Biokimia. Cergas Minda berfungsi sebagai makanan bagi otak  yang  bertujuan  untuk memulihkan tenaga otak.                                                                                                                                                                             
Otak Manusia

Tenaga  Otak                                                                                                                                                      
Setiap orang yang menggunakan  daya  fikir  saban hari misalnya pelajar, guru, pekerja bank, ahli perniagaan dan sebagainya pasti akan mengalami masalah keletihan otak. Ini adalah disebabkan terlalu banyak tenaga  otak  telah  diguna- kan  dan  tidak  diganti  balik  dengan  secukupnya.   Masalah keletihan otak ini jika dibiarkan berterusan akan menimbulkan masalah  yang  lebih  serius  lagi ;   misalnya  pada  golongan pelajar ia akan mengakibatkan MASALAH  PEMBELAJARAN.                                                                                   Sepertimana  badan memerlukan  makanan   untuk membekalkan tenaga fizikal  bagi  melakukan  kerja  seharian; maka  otak  juga  memerlukan  makanan  untuk    memulihkan tenaga otak yang telah digunakan. Makanan  otak  adalah  di- kenali sebagai nutrien saraf  dan  Cergas  Minda   merupakan nutrien saraf yang telah terbukti keberkesanannya.     


  
Dendrit
                                                                                                                   Mengapa Nutrein Saraf Penting Bagi Otak?              
   1.   Otak  manusia  langsung  tidak  boleh direhatkan walaupun  semasa  tidur.   Tidak  kurang  daripada 500,000 tindakbalas kimiayang berlaku setiap  minit  di  dalam otak dan setiap tindakbalas kimia  memerlukan  tenaga.   Jadi otak  senantiasa   memerlukan   bekalan  tenaga  yang   amat banyak. Oleh  kerana  makanan  seharian  tidak  dapat  mem-bekalkan  khasiat bagi otak dengan secukupnya, maka  timbul lah  masalah  keletihan  otak  dan   sebagainya.    Dengan  itu nutrien saraf menjadi amat penting sebagai pembekal  tenaga bagi otak.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     
2. Berbeza dengan  sel-sel  pada  bahagian   badan (misalnya kulit) yang boleh diganti  apabila  mati;  sel-sel  otak yang dikenali sebagai Neuron  jika mati  tidak  ada  pengganti- nya. Ini menjelaskan mengapa  keupayaan  otak  manusia  se makin menyusut apabila meningkat usia.   Jadi  sungguh  pun otak kita mempunyai di antara 10,000 juta hingga 15,000  juta neuron, otak tetap memerlukan nutrien saraf untuk memeliha- ra dan melambatkan kematian neuron.          
     

Neuron

 Bagaimana Cergas Minda Berfungsi?

1)  Cergas minda mengandungi tiga jenis garam tisu  biokimia ia itu Kali  Phosphorica,  Magnesia  Phosphorica  dan  Natrum Phosphorica. Ketiga-tiga garam tisu tersebut  mempunyai  pe- ranan  tertentu kepada system otak.

2)  Kandungan Cergas Minda juga dapat  membuat  otak  ber- fungsi dengan lebih cekap. Cergas Minda menggalakkan  percambahan   Dendrit   pada  neuron.   Dengan  bercambahnya bilangan  dendrit  ini,   maka  lebih  banyak  tindakbalas  kimia dapat diproses dan ini  membolehkan  utusan-utusan  disalurkan dengan lebih cepat.   Telah  pun  dibuktikan  bahawa  ke- pandaian  seseorang   itu   tidak   bergantung   kepada   baka keturunannya. Kepandaian juga tidak boleh dikaitkan  dengan bilangan neuron di  dalam  otak  kerana  semua  orang  mem- punyai bilangan  neuron  yang  hampir  sama.   Tetapi  kajian saintifik mendapati bahawa  orang  yang  pandai  mempunyai neuron yang cukup subur iaitu banyak cabang-cabang dendrit nya manakala  yang  lemah,   bilangan  dendrit  pada  neuron amat sedikit. Ini bermakna lebih banyak dendrit pada  neuron- nya, maka lebih cekap system mentalnya.   
                                                                
3)  Cergas Minda menambahkan bilangan ion kalium  dan  ion natrium yang merupakan ejen penghantar utusan disepanjang neuron. Jika ion natrium dan  ion  kalium  tidak  mencukupi  di dalam otak, maka semua proses mental  menjadi  lambat  dan ini merupakan salah satu punca bagi masalah pelajar lembab ( Slow Lerners ).

0-  Krisis penyembuhan yang mungkin dihadapi dan cara-cara mengatasinya.    



Pada   sesetengah  orang  yang  pertama  kali  menggunakan ubat Homoeopath , terutamanya  Cergas  Minda  ini  mungkin akan menghadapi atau timbul  beberapa  gejala  yang  kurang menyenangkan.    Keadaan   ini   bukanlah  suatu  alergi  atau kesan buruk, tetapi ia adalah  suatu  tindakbalas  kimia  tubuh terhadap ubat Homoeopathy. Keadaan ini  tidaklah  lama  dan boleh diatasi dengan beberapa cara  ;

1)  Jika rasa mengantuk atau pening kepala,   tukarkan  dosej dari 1 biji 3 kali sehari kepada 1 biji  sekali  sehari  yakni  pada waktu malam sebelum tidur.   

2)  Jika perut meloya atau rasa nak muntah, amalkan  Cergas Minda ini setengah jam selepas mengambil makanan.    


Kesan-kesan awal yang dapat dilihat     


1)  Bangun pagi menjadi  senang  dan  tidak  perlu  dikejutkan lagi.                                              

2)  Otak berasa cukup segar apabila bangun  dan  sudah  pun bersedia untuk belajar atau bekerja.         

3)  Tidak   memerlukan   tidur   petang   selepas   belajar  atau bekerja.                                                                                  

4)  Kanak-kanak sekolah yang asalnya pendiam dan kesunyi- an    di  sekolah  kini  dapat  bergaul  mesra  dengan  kawan –kawan.                                                                                        

Masalah lain yang boleh diatasi  

1)  Sakit atau pening kepala biasa.

2)  Sakit kepala yang sangat lama ( migren) .

3)  Menenangkan  fikiran  yang  terganggu / berserabut.          
Cara   menggunakan   ubat  Cergas  Minda  dan langkah-langkah  penjagaan  yang  betul.

Kanak-kanak berusia 6 tahun  dan  ke bawah  dosejnya  ialah    1biji sekali sehari.

Para pelajar berusia dari 7 tahun  hingga  12  tahun  dosejnya ialah 1 biji 3 kali sehari.

Para pelajar berusia dari 13 tahun hingga 20 tahun   dosejnya ialah 2biji 3 kali sehari.

Remaja berusia 21tahun dan ke atas serta profesionalis dosej –nya ialah 2 biji 3 kali sehari.


AWAS!!  Bagi  pelajar  pintar  tetapi   masih  ingin  menggunakan   ubat  Cergas Minda ini, memadai 1 biji  4 hari sekali sahaja. Jangan diulang makan dengan kerap dan lama. Ini akan mendatangkan kesan terbalik bagi pelajar yg sudah genius. Sebaliknya digalakkan mengambil pemakanan tambahan seperti kismis, kurma, madu,  gingko, pegaga dan makanan  yg berkhasiat.



Harus  diingat     bahawa   ubat   Cergas  Minda  ini  adalah bersifat/ berbentuk  ionic   oleh   itu   ianya   adalah   tersangat sensitif dengan apa-apa tindakbalas kimia.



Jangan  sentuh dengan jari sebaliknya ambil ubat mengguna kan sudu atau penutup botol ubat.



Elakkan  ubat  daripada  pacaran  terus  matahari,  di  depan skrin TV atau komputer dan di atas perkakasan elektrik.



Jauhkan     ubat  daripada   apa-apa   bau-bauan,   samada pewangi, minyak angin ,  vicks ,  Balm,  asap  rokok,  earosol, atau bahan kimia seperti cat, racun serangga dan sebagainya


Tidak boleh  menyimpan ubat Cergas Minda di tempat yang terkurung dengan bahan-bahan  lain  yang  berbau  seperti  di dalam peti sejuk atau peti ubat.
Kelalaian   anda  akan   menyebabkan   penggunaan ubat Cergas Minda tidak berkesan dan sia-sia.

Jika ada penyakit kronik yang mengganggu pembelajaran anak2 anda adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan Homeopathy, seperti asma, resdung, kurang darah, thalesemia dan sebagainya. Penyakit2 ini juga membantutkan kecergasan minda kanak2. Bebaskan diri anak2 anda dari ubatan kimia, sintetik dan dadah.


Harga sebotol ubat Cergas Minda: RM20 (100 biji)


Monday 25 July 2011

Staphylococcus Aureus kuman biasa yang boleh mengancam nyawa

Bakteria Staphylococcus Aureus
Staphylococcus Aureus merupakan kumpulan bakteria yang hidup di atas permukaan kulit dan di dalam rongga hidung manusia, atau rongga-rongga lain pada badan kita. Ia pertama kalinya ditemui oleh  Dr. Alexander Ogston, seorang pakar bedah di Aberdeen, Scotland pada tahun 1880.  Kuman ini mungkin berada di muka kita, di perut, dada, tapak tangan atau di mana2 sahaja pada badan kita. Selama mana kulit kita mengalami kecederaan seperti terhiris pisau, kulit melecet, terbakar, digigit serangga atau sebagainya, bakteria ini tidak memberi apa-apa kesan kepada kita walaupun kita sentiasa terdedah kepada bakteria ini. Bila kita mendapat luka dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dirawat maka kita akan dapati pembentukan nanah berlaku pada tempat cedera tersebut. Ini adalah kerana bakteria staphylococcus ini mula aktif menyerang sistem badan dan membiak serta membentuk nanah.

         Staphylococcus Aureus juga di kenali sebagai Staph Aureus atau S. Aureus, yang membawa maksud "golden grape-cluster berry", "golden cluster seed", "the seed gold." atau "golden staph".  Pada umumnya kuman ini mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit seperti pimples, impetigo (boleh juga disebabkan oleh Streptococcus pyogenes), boils (furuncles), cellulitis folliculitis, carbuncles, scalded skin syndrome dan abscesses.  

bisul

       Secara semula jadi badan kita akan mengeluarkan antibodi untuk mempertahankan badan dari serangan kuman ini. Kelenjar-kelenjar badan mula aktif dalam mengeluarkan antibodi dan adakalanya kelenjar-kelenjar tersebut kelihatan membengkak, seperti di pangkal peha , ketiak atau sebagainya. Dalam sesetengah keadaan pada sesetengah orang luka yang sedikit akan sembuh begitu sahaja dalam tempuh tertentu tanpa mengambil apa-apa ubat. Ini adalah kerana mereka ini mempunyai sistem pertahanan badan (natural resistance) yang kuat serta dapat menghalang pembiakan kuman tersebut. Namun apa kata jika sistem pertahanan badan itu lemah, kita akan dapati orang yang dijangkiti kuman ini akan bertambah melarat. Kawasan yang cedera akan berlaku keradangan (inflammation), sakit berdenyut-denyut, seterusnya suhu badan akan naik, keresahan , tidak selera makan dan sebagainya. Lebih membimbangkan lagi ialah penularan berlaku pada organ-organ dalaman yang lebih komplek yang melibatkan hati, jantung, buah pinggang, paru-paru, usus, otak, maka keadaan ini menimbulkan gejala-gejala penyakit seperti pneumonia, meningitis, osteomyelitis, endocarditis, toxic shock syndrome (TSS) dan septicemia. Keadaan ini akan lebih serius kerana ia boleh mengancam nyawa pesakit.

kerosakan ginjal
Liver Abscess









       
         
           Kaedah perubatan konvensional akan memberi tumpuan kepada usaha mematikan atau menghapuskan kuman-kuman penyakit ini, kerana mereka beranggapan kuman penyakit inilah yang menjadi punca kepada kerosakan organ yang menimbulkan berbagai-bagai gejala buruk pada seseorang. Penumpuan kepada penggunaan antibiotik supaya dapat membunuh kuman-kuman bakteria ini untuk mengatasi sesuatu penyakit mungkin ada kebaikannya tetapi kesan antibiotik terhadap sistem imun badan perlu diambil kira. Ini adalah kerana bukan sahaja kuman bakteria perosak sahaja yang terhapus malahan bakteria baik yang membantu tubuh dalam penghasilan beberapa jenis vitamin serta membantu sistem imun juga turut terkorban. Bukan itu sahaja, apa yang lebih menakutkan para doktor ialah apabila kuman-kuman bakteria mencapai tahap imun dan kebal terhadap antibiotik. Ini berlaku di dalam serangan sekunder terhadap vital organ seperti paru-paru, hati, limpa, ginjal, otak dan lainnya. Keadaan ini dipanggil sebagai Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA). MRSA adalah merujuk kepada bakteria yang bertanggungjawab kepada jangkitan yang sukar dirawat dan kebal terhadap antibiotik seperti methicillin, dicloxacillin, nafcillin, oxacillin dan cephalosporins. MRSA juga dikenali sebagai multidrug-resistant Staphylococcus aureus atau oxacillin-resistant Staphylococcus aureus (ORSA). Serangan bakteria ini terhadap vital organ boleh menyebabkan kerosakan fungsi tubuh yang serius dan pada tahap terminal boleh mengancam nyawa.

           Rasulullah Sallallahu 'Alaihissolatu wassalam bersabda, "Allah tidak akan menurunkan penyakit melainkan Allah turunkan juga ubat baginya" (sahih, riwayat Ibnu Majah, Al-Hakim).

           Maka jelas sekali hadis di atas membawa maksud setiap penyakit itu ada ubatnya. Masalah sesetengah ahli perubatan mengatakan 'Oh penyakit ini tiada ubat' mestilah diperbetulkan tanggapan ini dengan mengatakan ;'Oh saya belum ketemu penawar bagi penyakit ini'.

           Walaupun kuman staphylococcus kelihatan tidak merbahaya pada suatu keadaan dan boleh mengancam nyawa pada keadaan yang lain pula, namun di dalam ilmu perubatan homeopathy bakteria ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam senarai ubat-ubat homeopathy yang sangat berkesan. Penggunaan bahan-bahan ubat yang berpunca dari kuman penyakit juga dikenali sebagai nosode seperti Staphylococcin, Streptococcin, Morbillinum, Medhorrinum, Syphilinum, Tuberculinum, Pertussinum, Malandrinum, Vaccininum dan banyak lagi. Begitu juga penggunaan ubat yang berpunca dari rembesan mukosa haiwan seperti Adrenalin, Thyroidinum, Pepsinum, Pencreatinum dan sebagai lagi. Semua ubat yang tersebut di atas disediakan secara potentisation mengikut kaedah homeopathy dalam 'Minimal Dose'. Kaedah menggunakan kuman penyakit dan rembesan mukosa haiwan dipanggil Isopathic. Isopathic ini mula diperkenalkan oleh Johann Joseph Wilhelm Lux ( 1773-1849).  

kaedah potentisation
       
           Melalui pengalaman saya mengubat pesakit MRSA adalah suatu pengalaman yang mengujakan. Beberapa tahun lalu seorang rakan saya telah mengalami demam yang melampau. Semua ubat seperti paracetamol dan antibiotik tidak menjadi. Beliau dimasukkan ke Hospital besar Kemaman kerana disyaki demam denggi. Namun doktor tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa transfer ke Hospital Tengku Ampuan Hafzan, Kuantan, Pahang. Setelah hampir seminggu berada di hospital tersebut namun masih tidak menampakkan perubahan kepada kesembuhan. Doktor mengesahkan beliau mengidap Liver Abscess atau bisol pada hati. Antibiotik ditukar silih berganti. Tubuh makin menyusut, suhu badan tidak turun-turun, muka pucat, mata menguning, Selera terjejas dan makanan dirasakan semuanya masin.
           
        Saya menawarkan kepadanya untuk mencuba ubat homeopathy dan dia setuju. Dari keseluruhan gejala-gejala penyakit saya sudah dapat memilih beberapa penawar seperti China Officinalis, Hepar Sulphuris Calcarea, Calcarea Sulp, Myristica Sebifera dan sebagainya, namun saya lebih cenderung untuk memilih ubat yang bernama Staphylococcinum 200. Hasilnya setelah hanya satu dos diberikan (seingat saya hari khamis) dan keesokan harinya suhu badannya kembali normal. Doktor memantaunya beberapa hari berikutnya dan telah dibenarkan pulang setelah berpuashati keadaan kawan saya itu. Sekembalinya di Kemaman Terengganu beliau terus menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Saya membekalkan beberapa dos lagi ubat staphylococcin 200 dan Aconitum Napulus 6. Setelah sebulan beliau mengambil ubat homeopathy beliau membuat ujian ultrasound dan hasilnya beliau telah bebas dari idapan abscess pada hati. Alhamdulillah.
        
        Kes kedua melibatkan seorang lelaki berusia lewat 60an. Bermula dengan pembedahan membuang batu karang, selang beberapa minggu beliau mengalami demam yang tinggi. Setelah dirujuk kembali ke hospital dimana dia melakukan pembedahan buah pinggang didapati beliau mengidap jangkitan MRSA. Saya difahamkan beliau terpaksa melakukan pembedahan membuang nanah pada buah pinggang sudah lebih dari tiga kali. Akhirnya beliau datang ke klinik saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Terima kasih kepada Allah yang telah menciptakan penyakit dan dengan kuman penyakit itu jualah bertukar menjadi penawar yang hebat.

Wednesday 13 July 2011

MAHUKAH ANDA BERHENTI MEROKOK?


        Tidak ada seorang pun dari kalangan orang yang waras fikiran yang mengatakan merokok itu satu tabiat yang baik. Samada mereka itu dari kalangan perokok itu sendiri, pengimpot rokok, peniaga rokok atau badan yang mengenakan cukai rokok. Semua mengatakan bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Sehinggakan pengeluar rokok disyaratkan mempamirkan pada kotak-kotak rokok yang di jual dengan tanda amaran keburukan merokok. Berbagai-bagai gambar yang menggerunkan serta bermacam-macam slogan diwar-warkan bagi menyedarkan orang ramai kepda bahayanya kesan dari tabiat merokok ini. Namun statistik perokok tidak juga berkurang. Walaupun harga rokok semakin naik berganda, namun itu tidak menghalang dari kilang dan pemungut cukai memperoleh habuan yang menguntungkan mereka.

        Tembakau mengandungi sejenis bahan alkaloid yang memberi kesan ketagihan yang dikenali sebagai Nikotin. Percayakah anda bahawa di antara penyebab penyakit mati pucuk, serangan strok, kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang, kenser hati adalah berpunca dari tabiat buruk merokok?.Anda jangan menyangka hanya orang yang ada darah tinggi sahaja berisiko untuk kena strok, Mengikut statistik di negara kita sahaja tabiat merokok telah menyumbang kepada 10,000 kematian setahun. Hampir 30% adalah disebabkan oleh penyakit kanser pada organ-organ seperti, mulut, tekak, esophagus, paru-paru, pankerias, pundi kencing, buah pinggang, servik, kolon dan perut. Manakala 50% kematian berpunca dari serangan jantung dan strok, Ini semua adalah apa yang disumbangkan oleh rokok. Manafaatnya tiada sebaliknya mudarat pulalah yang ditanggung. 



Bahan Beracun (Toksik) Dalam Asap Rokok


           Mengikut kajian terdapat lebih kurang 4,000 jenis bahan kimia beracun yang terkandung di dalam setiap sedutan asap rokok.  Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.

Bahan kimia dalam rokokSumber bahan kimia
 Metanol Bahan Api
 Nitrobenzena Gasolin
 Karbon Monoksida Asap kereta
 Butana Cecair pemetik api
 Raksa Logam dalam jangka suhu
 Vinil Klorida Bahan utama plastik
 Toulena Pelarut industri
 Ammonia Pencuci lantai
 Arsenik Racun tikus
 Kadmium Bahan utama bateri alkali
 Stearik Bahan utama dalam lilin
 Sianida Racun berbisa

          Nikotin adalah bahan utama di dalam tembakau yang menjadi punca utama kepada ketagihan merokok. Nikotin masuk ke paru-paru bersama asap rokok, menyerap ke sistem edaran darah dan sistem saraf, seterusnya mengganggu sistem saraf utama yakni otak. Di dalam otak nikotin memberi kesan kepada sistem mesolimbik seterusnya mengeluarkan gejala-gejala ketagihan merokok. Walaupun nikotin ini tidaklah sehebat heroine, cocaine, codeine, morphine dan sebagainya namun kesan nikotin ini tidaklah boleh dipandang mudah. Ketagihan yang dihasilkan oleh nikotin ini mempengaruhi minda menjadikan seseorang itu cepat marah, gelisah, kurang penumpuan, kebimbangan dan kerisauan. Nafas pendek, degupan jantung lebih laju dan penyakit menggeletar.

            Kesan nikotin yang paling ditakuti ialah ia boleh menyebabkan berlakunya kesempitan pada jaringan salur darah halus (kapilaris). Kapilaris ini berada disekalian organ seperti kulit, otak, jantung, buah pinggang, hati, limpa, paru-paru, zakar dan lainnya. Kapilaris darah membenarkan berlakunya pertukaran oksigen dan karbon dioksida bagi pernafasan sel pada organ tubuh, juga penyerapan makanan ke organ-organ. Bilamana berlakunya kesempitan pada kapilaris ini akan menyukarkan proses pernafasan sel dan gangguan kepada bekalan makanan kepada organ-organ. Jika kapilaris tersumbat terus pada organ-organ tertentu, tentu sekali oksigen dan nutrisi tidak dapat dibekalkan kepada organ terbabit, sedangkan organ-organ seperti otak, buah pinggang dan sebagainya sentiasa memerlukan oksigen dan nutrisi bagi menjalankan tugas mereka. Jika tiada bekalan maka tiada tugas. Ini bermakna jika kesumbatan itu berlaku pada penis seseorang itu akan mengalami penyakit ED (erectile dysfunction)  atau mati pucuk. Jika berlaku pada buah pinggang akan berlaku renal failure, jika berlaku di otak akan berlaku serangan strok atau angin ahmar. 


hubungan suami isteri terjejas kerana penyakit ED

merokok melemahkan tenaga batin


merokok boleh menyebabkan strok
         Sejenis lagi penyakit yang berpunca dari tabiat merokok ialah DVT (Deep Vein Thrombosis). Keadaan ini berlaku bilaman kesumbatan berlaku pada organ kulit mengakhibatkan sel-sel pada kulit menjadi mati dan terbentuklah ganggren pada kulit.

Deep Vein Thrombosis



           Selain dari nikotin kandungan Karbon Monoksida di dalam asap rokok juga memberi implikasi hebat kepada sistem darah. Karbon monoksida adalah gas beracun dan kita boleh dapatinya dengan mudah melalui asap kenderaan. Terhidu gas karbon monoksida dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kematian segera. Walaupun kuantiti gas ini di dalam asap rokok adalah kecil, namun pengambilan yang berulang-ulang dan lama juga seolah-olah kita menghidu asap kereta. Gas ini larut air, oleh itu ia larut dalam darah. Apabila Karbon Monoksida berada di dalam darah ia akan mengikat sel heamoglobin serta menghalang heamoglobin darah dari bergabung dengan oksigen bagi membentuk oksi-heamoglobin. Ini akan menjejaskan kandungan darah beroksigen di dalam darah kita seterusnya menjadikannya bertoksik.

            Kandungan Tar di dalam asap rokok adalah dianggarkan kira-kira 24 -45 mg bagi sebatang rokok. Tar ini adalah sebahagian dari ribuan bahan kimia yang terdapat dalam rokok dan ia bersifat karsinogen. Apa bila asap rokok disedut dianggarkan 10 - 40 mg tar bagi sebatang rokok telah di bawa masuk ke dalam badan. Anda bayangkanlah jika anda menghisap 20 batang sehari, bermakna anda telah memasukkan racun tar ini sebanyak 200 - 800 mg sehari. Bagaimana kalau 1 bulan?, setahun?, 30 tahun?.  Tar ini akan menghasilkan mendakan berwarna cokelat kegelapan. Ia akan termendak pada bahagian gigi menjadikan gigi kelihatan kehitaman, mendakan juga berlaku di salur pernafasan. 






Bagaimana Homeopathy Dapat Membantu
   
           Homeopathy berasaskan 'Single Remedy' mempunyai jalan keluar dari kemelut yang tidak berkesudahan ini. Individu-individu yang bertekad untuk berhenti merokok mempunyai alternatif dengan memilih penawar-penawar homeopathy. Penawar-penawar dipilih mengikut keserasian ubat dengan pesakit/perokok. Antara penawarnya ialah:-
  1. TABACUM                      Bagi mengurangkan ketagihan merokok, rasa loya, pening, muka pucat, mudah putus asa dan pelupa, dada sakit mencerut, sejuk, kulit lembab berlengas.
  2. CALADIUM                    Kuat keinginan/ketagihan merokok, memulihkan ketagihan, lemah jantung, dada rasa tertekan, lelah atau seakan lelah,
  3. LOBELIA INFLATA.       Lelah, walaupun ketagihan merokok namun tidak tahan dengan bau asap menjadikannya lelah.
  4. PLANTAGO                     Bagi menimbulkan rasa benci untuk merokok bagi pengunyah tembakau.
  5. NUX VOMICA                Menawarkan nikotin dalam darah, stress, gaya hidup selesa, tidak banyak bersenam, sembelit, perengus/panas baran, migraine.
Ubat-ubat lain seperti,  Hydrophobinum, Avina Sativa, Daphne Indica dan lain-lain akan diberi mengikut simptom yang timbul pada anda. Anda boleh mendapatkan penawar-penawar tersebut di klinik-klinik homeopathy yang berdekatan dengan anda, atau terus menghubungi kami .

                                                        sms ke: 017 9597400

                                      atau email kepada kami : awiehomeo@gmail.com

                                                                SEGERA

Wednesday 6 July 2011

Perkembangan Ilmu Perubatan

Oleh Prof. Dr. Burhanuddin Al Helmi, M.D.H., Ph.D.

 
Perkembangan ilmu perubatan adalah bermula dari semenjak berkembang tamadun sesuatu bangsa itu.  Tamadun yang tertua ialah bangsa India, Cina, Mesir Tua, Babyloon, Syria, dan Arab Islam hingga kepada tamadun dunia barat dari kurun ke empat belas hingga ke hari ini.  Perkembangan perubatan Melayu adalah mengikut tamadun bangsa Melayu ia itu semenjak tamadun Empayar Seriwijaya Majapahit dan Melaka. Sebagaimana tamadun sesuatu bangsa itu ambil berambil dan pengaruh mempengaruhi, maka tamadun Melayu itu sendiri dipengaruhi apabila didatangi oleh tamadun Hindu, Buddha dan Islam dan akhirnya tamadun barat ke negeri ini.
Yang banyak sekali mempengaruhi dan pengambilan ilmu perubatan Melayu ialah daripada perubatan Hindu dan Buddha ia itu pengaruh agama Hindu dan Buddha yang dipeluk oleh bangsa Melayu.  Bila bangsa Melayu memeluk ugama Islam maka pengaruh perubatan Islam itu menambah lagi ilmu perubatan Melayu yang telah sedia ada. Kedatangan penjajah barat ke nusantara kita ini membawa perubahan yang terpaksa pula memakai perubatan barat, maka terbenamlah perubatan-perubatan yang lalu itu oleh pengaruh perubatan barat.  Demikian juga halnya bangsa Asia yang lain seperti Cina dan India.  Mesir pun terpengaruh dengan mengagungkan perubatan barat hingga ada yang merendahkan perubatan sendiri.

Dunia perubatan barat membanggakan bahawa bapa perubatan dunia ialah Hippocrates (S.M. 60 – 370) ia itu dukun bangsa Greek purbakala. Tetapi sebelum itu agama Hindu telah lama terdahulu di mana di antara rangkaian kitab ATHARVA VEDA itu adalah suatu kitab perubatan berkenaan dengan yang dinamakan AYURVEDA.  Tegasnya Greek masih dalam gelap lagi, India telah terkarang kitab perubatan AYURVEDA. Kitab  Veda itulah setua-tua kitab dalam dunia ini yang masih dapat dibaca sekarang.  Setelah AYURVEDA, datang pula zaman Samhita seperti AGNIVESA dan perakaman CHARAKA. Ini adalah edaran kedua zaman perkembangan perubatan. Peredaran perubatan ketiga dari kurun ketujuh masihi. VIKSHU ATREYA ialah mahaguru kepada JIKAKA  dan menjadi dukun kepada Buddha sendiri dn kepada maharaja BIMBISARA iaitu kurun keenam sebelum Masihi.  Universiti TAKSHASILA ialah sebuah Universiti Perubatan yang besar sekali dalam dunia seluruhanmya pada zaman itu.  VIKSHU ATREYA ialah mahagurunya, pengarang kitab SUSRUTA ialah Mahaguru NAGARJUN, lmu SALYATANTRA ialah menerangkan tentang surgery.

Dari kurun ketujuh hingga kurun ke 16 Masehi, edaran perubatan ketiga itu mulai dari MADHARA KARA hingga BHARAMISRA  yang mengarang kitab BHABAPRAKASHA.  Dalam majalah LANCET keluaran 12 Sept 1846 satu makalah yang ditulis oleh WISE berkenaan perubatan ini menerangkan India bukan sahaja maju dalam lapangan perubatan bahkan dalam lapangan ilmu yang lain seperti Hisab, Falak, Geometry telah lebih lama dan terdahulu daripada PTOLOMY, PHYTAGORAS, ARCHIMEDES, ARISTOTLE.  Begitu juga dalam ilmu perubatan, India juga telah lebih dahulu.  HESSLER dalam menterjemahkan kitab SUSRUTA SAMHITA mengatakan perubatan India telah maju 1000 tahun sebelum Masihi.  Menurut dakwaan India, ilmu perubatan India menjalar ke negeri Arab lalu ke Mesir dan ke Yaman dan Greek.  Yayasan MANU kedapatan telah wujud kira-kira 1,400 tahun sebelum Masihi manakala Yayasan ini mengajarkan hal jenis-jenis perniagaan termasuklah perniagaan benda-benda perubatan.  Kejatuhan perubatan India itu ialah manakala negerinya diserang dan ditakluk oleh musuh sebagaimana tersebut dalam sejarah India. Maka turut pula merosot ilmu perubatannya.



Falsafah pelajaran ABQRAT (Hippocrates) ialah mengatakan semua penyakit ialah natijah daripada tidak betulnya perjalanan atau campuran air, lendir-lendir dalam tubuh, yang disebutkan dengan HIPPOCRATIC  DOCTRINE OF HUMORAL PHATOLOGY.  Perkembangan ilmu perubatan oleh  Aristotle (384 – 320 sebelum Masihi) besar sekali kerana ia seorang dukun bangsa Greek yang masyhur dan ia mendapat sejarah ilmu tabii (Natural History). Aristotle murid kepada Plato ialah guru kepada Iskandar Zulkarnain.  Bertambah rancak perkembangan ilmu perubatan ini apabila datang GALEN (200 – 130 S.M) mengemukakan pendapatnya dalam ilmu perubatan Greek itu di Eropah dengan naiknya  kemenangan  Iskandar Zulkarnain menakluk Eropah, Mesir dan India lalu bersambung kepada kebangkitan ilmu perubatan Islam.  Sebenarnya perubatan sudah hampir lenyap di Eropah kemudian bersambutan pula dengan perubatan Arab seperti Harith Ibn Khaldah dan tertubuhlah balik kemajuan perubatan itu dengan bangkitnya kerajaan Islam mengembangkan ilmu perubatan dan ilmu-ilmu yang lain yang sangat maju hingga membawa perubahan dan tamadun dunia baharu dalam semua lapangan hidup.


Bapa perubatan yang kedua ialah Ibnu Sina.  Ia mengarang kitab Al Qanun, kitab Al Shifa’ dan berpuluh-puluh kitab lagi.  Hampir 500 tahun kitab Al Qanun dan Ai Syifa’ menjadi kitab pelajaran ilmu perubatan yang ulung sekali di seluruh Universiti Eropah, dipelajari oleh pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswa perubatan.  Setelah 400 tahun dipelajari di dalam bahasa Arab asal naskhah-naskhah kitab itu, kemudian baharulah di salin ke dalam bahasa Latin.  Banyak ulama dan tabib Islam yang mengembangkan kembali dengan luas dan dengan majunya perubatan.  Kemajuan Hisab, Sains dan Kimia dan perubatan Islam itulah yang menjadi asas tamadun hari ini.
Lebih dari 700 tahun perubatan Islam masih lagi terpakai di hospital-hospital di seluruh dunia hari ini, seolah-olahnya pendapat-pendapat itu pendapat mereka (Barat), pada hal ianya pengambilan daripada beberapa hukamak Islam.  Sayangnya pendapat-pendapat hukamak dan tabib Islam itu tidak disebut oleh orang-orang Barat.

Kemasyhuran Al Razi (854 -925) dalam ilmu perubatan, kitabnya telah diterjemahkan ke bahasa Latin, dan dipelajari di Universiti-universiti Eropah pada abad pertengahan hingga sekarang ini seperti kitab Spiritual Physic. Tuan M. Mayerhopf memuji Al Razi.  Katanya tidak syak lagi Al Razi ialah seorang ulama di antara yang terbesar sekali dalam dunia Islam dan seorang besar perubatan sepanjang zaman.  Manakala kemajuan dan keagongan Islam itu semakin layu dan ilmu tamadun islam itu sudah banyak disalin kebahasa Barat lantas  tamadun dan perubatan barat pula mengambil jalan perkembangannya yang baharu.  Pada tahun 1590 mula didapati teropong pembesar benda yang digelar bapa ilmu kuman (Bacteriology & Protozology) ialah A.D. Malpighi (1694 – 1628). Lee Van Hoek mengasaskan ilmu teori ulas-ulas sel (Cell Theory).  Bichat (1801 – 1771)  mengasaskan ilmu Histology.  Morgani mengasaskan ilmu Pathology.  Virchow (1821) bapa Cellular Pathology.  Louis Pastur bapa pencegah penyakit (Preventive Medicine).

Pendapat Jennar menggunakan air cacar pada mencegah penyakit cacar bersama dengan pendapat Pastur membuka lapangan ilmu pencegahan penyakit.  Lister digelarkan bapa Aseptic Surgery.  Robert Koch (1843) digelar bapa moden ilmu kuman.  Elias Metchsikoff (1866 – 1925) mendapat Pagocytosis digelar bapa teori pembantut ( Theory of Immunity).  August Von Wassermann (1876 – 1925) yang banyak memberikan pendapatnya  dalam Serology seperti berkenaan dengan Agglutininins, Opsonin dan benih penyakit demam kuning di Afrika.

Inilah cara perubahan dan perkembangan cara perubatan barat yang semakin meluas pada mengenal perkembangan penyakit-penyakit itu dari segi benda yang didapati dengan menggunakan teropong, yang memisahkan penyakit kuasa hayat dengan tenaga hama-hama dan serum hingga menjadikan arah ilmu perubatan itu berkembang menuju dua arah yang berlainan.  Tenaga kuasa hayat semakin ditinggalkan dan perhatian dan kajian kepada tenaga hama-hama dan serum semakin besar dan meluas.  Tambahan pula perkembangan dan perlumbaan Captalism dalam perusahaan industri baharu dan penaklukan pasaran dunia maka masuklah perdagangan ubat-ubat.



Kemahiran Samuel Hahnemann (1755 – 1843) membawakan satu perubahan besar dalam dunia perubatan dengan pendapatnya yang terkenal dengan cara perubatan Homeopathy.  Sistem ini bertentangan dengan cara perubatan yang berkembang dari arah yang kedua dimana sebab-sebab penyakit itu daripada hama-hama dan serum, seolah-olah lembaga  manusia itu seperti jentera sahaja. Membela dan merawat penyakit itu seperti membela jentera yang rosak. Manakala cara perubatan Homeopathy ini ialah kembali ke arah yang pertama iaitu dasar nyawa dalam hidup manusia. Kuasa akal dan roh (mind) adalah punca di dalam yang menjadi sebab-sebab penyakit yang menjadi idapan dan penderitaan penyakit manusia.
Perbezaan kedua arah cara perubatan itu semakin dibahas dan dipelajari dan masing-masing mengambil perkembangannya dalam dunia ilmu  perubatan.  Perbezaan-perbezaan di antara kaedah Contraria dengan Similia semakin kencang hingga menimbulkan pergeseran dan pertentangan hingga timbul takrif perbezaan sekolah perubatan baharu Homeopathy dan sekolah perubatan lama Allopathy. Homeopathy menumpukan kepada falsafahnya dan usahanya kepada penyembuhan diri orang sakit itu dan perubatan Allopathy pula menumpukan kepada usaha menyembuhkan penyakit hingga timbul kata tiada penyakit hanyalah orang sakit.
Perpisahan di antara persekolahan ini semakin meluas dan masing-masing dengan kesempatan dan perkembangannya. Dalam pada itu datanglah Prof. Currie dan isterinya (1903) mendapat teori atom iaitu letupan dan gerakan atom itu didapati rahsianya daripada bahan Radium yang sentiasa memancarkan cahaya. Pancarannya ini mengeluarkan panas, sinar dan wap.  Terbukti bahawa sehalus-halus benda yang bernama atom itu ada mempunyai tenaga.  Misalnya jika dikenakan panas yang perlahan-lahan kepada satu grain daripada Radium maka panas yang perlahan-lahan, halus-halus itu mengeluarkan bahang yang berwap dan bertenaga bila dicampurkan dengan udara yang bermilion-milion kali lebih banyak daripada bahang wapnya itu namun bahang wapnya tidaklah hilang bahkan masih terpelihara wujud sinar dan panas Radium itu serta tenaga-tenaganya.

Tenaga sinaran Radium ini setelah didapati bukti-buktinya maka dicuba bagi penggunaan perubatan dan telah didapati boleh menyembuhkan bermacam-macam penyakit seperti sakit-sakit, luka kulit, rheumatism dan sebagainya maka dengan bukti-bukti demikian bahawa tenaga atom dan sinaran cahaya Radium itu boleh digunakan oleh Ahli Sarjana untuk menyembuhkan penyakit-penyakit.  Ini adalah membukakan suatu lapangan perhatian ilmu perubatan lebih lagi daripada pendapat teropong yang telah mendapati kuman-kuman dan serum, kerana ternyata tenaga atom boleh memberikan tenaga penyembuhan maka adalah menunjukkan pula bahawa penyakit idapan  itu bukanlah disebabkan oleh kuman atau serum tetapi berpunca daripada tidak betulnya perjalanan hayat dan kuasa hayat sedang jika dibunuh dan dimusnahkan kuman-kuman dengan kekuatan ubat-ubat tetapi selagi kuasa hayat itu tidak betul akan timbul pula kuman-kuman baru yang ditimbulkan oleh kuasa hayat itu sendiri yang mengeluarkan kuman-kuman itu. Sebab penyakit telah terbatal dengan sendiri kerana kuman adalah natijah yang kedua daripada perubahan kuasa hayat.  Sebab yang pertama ialah perubahan kuasa hayat.  Tegasnya perubahan kuasa hayat itu lah yang menimbulkan natijah atau penjelmaan kuman-kuman, serum-serum atau lainnya.

Kenyataan ini semakin memperjelaskan akan kebenaran undang-undang perubatan tabii yang bernama Homeopathy yang didapati oleh Dr Samuel Hahnemann itu kerana datok dan bapa Prof. Currie kedua-duanya adalah doktor turun menurun mengamalkan Homeopathy.

Ubat-ubat atau penawar Homeopathy pada umumnya adalah ubat-ubat yang dibuat dengan cara Dynamisation atau Potentization. Manakala ubat-ubat itu telah siap dipotentise, katalah pada kuasa 12x atau 30x maka ubat itu sudahlah masuk pada kira Infinitismal atau bertenaga atom. Apalagi jika ubat-ubat itu telah meningkat pada potensi 100, 1000, 10,000 million dan beratus million. Ubat-ubat Homeopathy itu sudah bertenaga penyembuhannya itu melalui tenaga atom. Demikianlah perkembangan perubatan Homeopathy mengambil tempat persekolahan baru dalam dunia perubatan, lapangan sains dan seni perubatan.

Berbalik kita kepada Homeoapathy yaitu satu cara perubatan mengikut undang-undang tabii. Dr Samuel Hahnemann adalah seorang doktor Allopathy yang telah beramal cara persekolahan lama Allopathy itu. Mula-mula Hahnemann mengistiharkan pendapatnya kepada rakan-rakan ahli perubatan dan menerusi Majalah HUFELAND. Manakala pendapat Hahnemann tersiar kepada tabib-tabib dan doktor-doktor perubatan, ketaralah mula dari hari itu suatu undang-undang tabii yang terpakai bagi menyembuhkan penyakit manusia yang selama ini belum pernah terdapat suatu kaedah perubatan mengikut undang-undang alam yang dapat dipakai bagi menyembuhkan penyakit. Cara perubatan yang dinamakan Homeopathy ini telah menggegarkan seluruh dunia perubatan yang akhirnya membawakan perubahan yang besar dalam dunia perubatan dan perubahannya itu memisahkan pula perubatan cara lama dengan cara baru. Perubatan lama yang tidak memakai kaedah atau undang-undang dengan perubatan baharu Homeopathy yang memakai kaedah dan undang-undang seraksi itu.

Undang-undang Perubatan Tabii tidaklah dapat diketepi begitu sahaja, tidak dapat dikepung, ditahan dan dihalang-halang oleh kekuatan kerajaan dan kekuatan apa juga kerana ia adalah kebenaran yang dicari-cari oleh manusia yang berakal dan berilmu pengetahuan.  Setelah dapat undang-undang seraksi ini tentulah roboh cara perubatan lama itu dan perubatan baharu pula mengambil jalan perkembangan baharu, maka sekarang perubatan baharu Homeopathy telah mendapat sambutan dari bermilion-milion manusia terpelajar di seluruh dunia yang berpelajaran dan berpengetahuan.
Persekolahan perubatan lama terpaksa mengubah cara dan sikap bagi mempertahankan keagongannya berjalan dengan tidak perpandukan undang-undang alam hingga terpaksa ia membuat pertukaran dan perubahan dengan tidak ada panduan undang-undang tabii bagi menuju kesembuhannya yang tabii.  Tetapi Homeopathy tidak sedikit pun berganjak bahkan tetap dengan undang-undang tabiinya terus berjalan dan berkembang.  Sekali undang-undang seraksi telah didapati dan diakui oleh sarjana perubatan akan kebenarannya dan kenyataannya, maka ianya tetap selama-lamanya menjadi suatu kebenaran dan kenyataan.


Kaedah perubatan Homeopathy ini mudah difahami dan diamalkan iaitu tiap-tiap ubat bila dimakan mengikut sukatan dos kebendaannya oleh seorang yang sihat, ubat yang dimakan itu pasti akan menimbulkan semboyan-semboyan, alamat-alamat dan tanda-tanda pekerjaannya dan khasiat ubat itu yang tertentu pada ubat itu yang tidak bertukar, bahkan tetap dan tentu.  Tiap-tiap ubat Homeopathy ialah ubat-ubat yang telah dicuba dan disahkan semboyan-semboyannya dan disebut“Proved” ia itu telah dibukti oleh percubaan pada laki-laki dan perempuan. Ubat-ubat yang telah dicuba dan disahkan itulah ubat-ubat yang dimasukkan ke dalam kitab khasiat ubat-ubat yang dinamakan MATERIA MEDICA, dan semboyan-semboyan yang disebutkan dalam Materia Medica itu panduan yang tetap dan betul untuk dipakai bagi mengubat dan menyembuhkan penyakit-penyakit.

Bagi mengubat penyakit-penyakit ini hendaklah  lebih dahulu mengetahui dan mengambil semboyan-semboyan dan tanda-tanda penyakit dengan cermatnya daripada orang-orang yang sakit yang hendak diubat itu. Setelah terang semboyan-semboyannya didapati, dicarikanlah pula ubat-ubat yang ada mengeluarkan semboyan-semboyan dan tanda-tanda penyakit yang serupa atau seakan-akan semboyan si sakit yang dirawat dengan semboyan sedia kala yang ada pada tabiat dan khasiat ubat itu, kemudian didapati pesakit itu pun pulih dan sihat kembali.

Kejayaan dalam mengamalkan Homeopathy ini bergantung kepada memilih ubatnya yang seraksi dengan “Undang-undang Seraksinya” dan bergantung kepada ubat Homeopathy yang betul-betul baik, diperbuat mengikut undang-undang dan peraturan perubatan Homeopathy jua, tidak ubat-ubat yang ditiru dan palsu.

Christian Frederick Samuel Hahnemann, mahaguru undang-undang Seraksi ‘SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR’ lahir di sebuah pekan bernama Messen dalam daerah Saxony di German pada 10 April 1755 Masehi. Ia mendapat degree MD pada tahun 1779. Tahun 1782 ia berkahwin dengan Henrietta Huchler bekerja di Hospital Dresden sebagai seorang Senior Sergeon, kemudian berhenti dari jawatan itu membuka praktisnya sendiri dalam sebuah kampung berdekatan dengan bandar Leipzic.

Dalam hari-hari ia mengamalkan ilmu perubatannya , mengubat orang-orang sakit, semakin bertambah hari semakin ketara bahawa tiada ketentuan khasiat ubat yang diberikannya itu yang dapat memberikan kesembuhan sebagaimana yang dikehendakinya.  Sekian hari semakin menimbulkan keraguannya. Dalam keadaan nya yang demikian bila anak-anaknya terkena sesuatu penyakit tidaklah ia mahu memberikan ubat kepada anak-anaknya yang dikasihinya, rela ia membiarkan anak-anaknya sakit dengan tidak berubat.
Sewaktu ia menterjemahkan ke bahasa German kitab khasiat ubat-ubat (Materia Medica) karangan Cullen (tahun 1790) sampailah ia kepada suatu ubat yang bernama Cincona dalam kitab Cullen itu yang menerangkan bahawa ubat Cincona ini boleh menyembuhkan sakit demam, kerana dalam huraiannya khasiat cincona itu boleh membuatkan demam kepada orang yang sihat yang memakannya. Soal yang besar timbul dalam fikirannya bagaimana Cincona boleh membuatkan demam dan Cincona pula boleh menyembuhkan yang seperti demam itu..

Kemusykilan inilah yang menjadi punca Hahnemann mencari rahsia tabii undang-undang seraksi Similia itu. Dengan kemusykilan ini beliau mencuba sendiri ubat Cincona itu yang boleh mendatangkan demam tetap serupa bagaimana semboyannya dalam kitab Cullen itu. Kemudian beliau mencuba sendiri beberapa ubat-ubat yang besar yang lain-lain seperti mencuba Cincona  itu, dapatlah ia mengumpulkan semboyan-semboyan dan keterangan yang diperlukan.

Akhirnya terbukalah dengan jelas kepadanya undang-undang tabii iaitu undang-undang penyembuhan SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR itu. Setelah keyakinan yang penuh didapatinya atas undang-undang seraksi itu teruslah ia mencurahkan usahanya menbuat percubaan kepada beberapa jenis ubat yang lain lagi. Pada tahun 1796 dapatlah ia mengeluarkan makalah-makalah segala perkara yang penting menjadi siaran dan perisytiharannya dalam majalah perubatan yang masyhur HUFFLAN’S Journal.
Manakala makalahnya tersiar berkenaan dengan undang-undang seraksi yang telah didapatinya itu heboh dan gegarlah kedudukan alam perubatan seluruhnya terutama alam perubatan yang telah diiktiraf di seluruh negeri di Eropah ketika itu.

Ada golongan yang menyambut dengan sukacitanya dan ada golongan yang menyambut dengan cemburu dan menentang sehingga memandang ia sebagai musuh.  Dengan kehebohan dan gegaran yang timbul itu golongan yang menyokong kepada usaha Hahnemann dan golongan yang menentang semakin membesarkan tentangan dan permusuhannya. Pada tahun 1805 dapatlah Hahnemann mengeluarkan sebuah kitab dalam bahasa Latin bernama PRAGMANTADE VIRUVUS.  Inilah kitab khasiat ubat yang telah dicuba dengan sahnya (Provings) oleh Hahnemann dipersembahkan bagi seluruh alam perubatan di zaman itu. Lima tahun kemudian (1810) keluar lagi sebuah kitab yang tinggi sekali mutunya yang tiada tolok bandingnya di zaman itu hingga ke hari ini ialah kitab ORGANON. Setelah kitab Al Qanun Ibnu Sina yang menjadi kitab suci doktor-doktor mempelajari ilmu perubatan di seluruh Universiti Perubatan di Eropah pada kurun pertengahan.  Kitab ORGANON Hahnemann itulah pula menggantikan tempat Al Qanun Ibnu Sina.

ORGANON itulah kitab utama sekali mengandungi falsafah dan perubatan Homeopathy yang sangat berjaya mengajarkan ilmu Seraksi bagi menyembuhkan penyakit menusia yang telah mendapat sambutan daripada rakannya. Maka dengan kitab ORGANON itulah naik kemegahannya kerana mendapat kaedah undang-undang seraksi, sebagai jurureka yang mendapat undang-undang seraksi perubatan Homeopathy itu.
Kemasyhurannya telah memberikan peluang kepadanya mengajar ilmu baharu itu di University Leipzic selama sembilan tahun, iaitu dari tahun 1812 hingga tahun 1821.   Kerana kemegahan dan kejayaan jasanya yang besar itu adalah menambah kemarahan golongan-golongan yang menentang dan memusuhinya. Akhir sekali dengan fitnah dan desakan berbagai-bagai helah musuhnya terpaksalah dia dihalau keluar dari Leipzic.

Ia berehat di sebuah pekan bernama Kothan dan di sanalah ia mengamalkan ilmu Homeopathy itu selama 14 tahun. Kerja dan jasanya selama di Kothan itu telah mendapat perhatian dan penghargaan daripada Duli Yang Mulia Raja negeri itu dan ia mendapat kurniaan diraja.  Bertambah megah dan kemasyhurannya manakala keluar kitabnya yang menghuraikan penyakit idapan yang bernama CHRONISCHEN KRANKHOITES pada tahun 1828.  Hahnemann telah mendapat bukti dan membuktikan bahawa ubat-ubat (drug) itu apabila melalui proses trituration nescaya ia bertukar kuasa dan tenaga serta khasiatnya kuat pada menyembuhkan penyakit dengan cepatnya. Pada masa yang akhir ini ahli-ahli kimia telah membuktikan pula bahawa tiap-tiap sesuatu kandungan kimia dalam sesuatu benda yang asal itu bila dicampurkan dalam sesuatu benda yang lain yang lebih banyak kandungannya daripada kandungan kimia itu nescaya apakala kandungan kimia yang sedikit itu berpadu di dalam campuran lebih banyak itu, bertukarlah kuasa kimia-kimia yang sedikit itu kepada kuasa elektrik dengan cergasnya menunjukkan corak molikulnya bergerak lebih kencang.

Kenyataan ini telah disebutkan dengan jelasnya di dalam kitab Organon yang di namakan Theory of Dynamization dahulu.  Hahnemann memerhati dan menyaksikan khasiat sesuatu ubat itu bila diberikan kepada orang sakit bila ubat-ubat itu melawan penyakit (aggravate) tandanya ubat itu seraksi, tetapi itu terlalu tebal dan keras menambahkan sakit di atas sakit yang sedia ada pada orang sakit itu. Tetapi oleh kerana ubatnya telah serupa dan seraksi dengan penyakit itu, setelah habis melawan ubat penyakit itu pun sembuh dengan baiknya. Sakit-sakit yang melawan ubat inilah yang menimbulkan fikirannya pada mendapatkan undang-undang menajam dan menghaluskan ketajaman ubat itu yang dinamakan Low of Dynamization.  Ia ditimpa kemalangan kematian isterinya pada tahun 1830, setelah kematian isterinya ia ditimpa susah dan berbagai kesulitan hidup.



Kenyataan ini ielah disebutkan dengan jelasnya di dalam kitab Qrganon yang di namakan Theory of Dynamization dahulu.  Hahnemann memerhati dan menyaksikan khasiat sesuatu ubat itu bila diberikan kepada orang sakit bila ubat-ubat itu melawan penyakit (aggravate) tandanya ubat itu seraksi, tetapi itu terlalu tebal dan keras menambahkan sakit di atas sakit yang sedia ada pada orang sakit itu. Tetapi oleh kerana ubatnya telah serupa dan seraksi dengan penyakit itu, setelah habis melawan ubat penyakit itu pun sembuh dengan baiknya. Sakit-sakit yang melawan ubat inilah yang menimbulkan fikirannya pada mendapatkan undang-undang menajam dan menghaluskan ketajaman ubat itu yang dinamakan Low of Dynamization.  Ia ditimpa kemalangan kematian isterinya pada tahun 1830, setelah kematian isterinya ia ditimpa susah dan berbagai kesulitan hidup.


Hahnemann meninggal dunia pada 2 Julai, 1843 sewaktu berumur 88 tahun. Mayatnya dikebumikan di jirat MOUNTMATRE. Kemudian oleh pencinta-pencintanya dipindahkan mayatnya ke jirat PERE-IA-CHAISE pada tahun1899  kerana memberi penghormatan akhir dan kenangan berpanjangan.
Walaupun Hahnemann telah meninggal dunia seperti mahaguru-mahaguru yang lain, tetapi ajaran Homeopathy terus hidup dan berkembang ke seluruh negeri yang maju dan bertamadun.  Hari ini Homeopathy berkembang terus di Eropah dan Amerika serta beberapa buah negeri di Asia, Afrika dan Australia. Di negeri-negeri Russia juga turut berkembang.
Undang-undang Similia bukanlah perkara baharu, tetapi dari semenjak zaman purba lagi undang-undang ini telah diterima oleh ahli-ahli perubatan India, Greek dan Arab, cuma tidak dapat kaedah memakainya sehingga Hahnemann dapat memakaikan kaedah Similia itu sebagai kaedah yang tetap.
Dukun-dukun Melayu juga telah kenal dan menerima undang-undang Similia itu dengan memakai perkataan seraksi atau sakun serta dengan kepercayaan maya dan semangat benda.
Ahli-ahli falsafah India tua telah mempercayai asal punca segala benda yang dinamakan PARAMANU seperti ahli sarjana zaman sekarang mempercayai Molikul dan Atom.  Pembahagian asal benda kepada mereka terbahagi kepada lima asal:-

  1. Cair – OP
  2. Keras – KSHITI
  3. Angin – MARUT
  4. Athir – BYOM
  5. Tenaga Kuasa – TEJA
Dalam kitab PARACHELEUS telah pun menerangkan undang-undang Seraksi itu. Kitabnya dikeluarkan di Geneva pada tahun 1658, telah menyebut rumus SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR itu.
Undang-undang Similia atau seraksi yang didapati oleh Hanemann itu sampai kepada umbi-umbi khasiat benda yang sekarang dikenal sebagai tenaga atom kerana teorinya dari amalan perubatan Homeopathy ini ialah menggunakan dos yang sangat-sangat halus yang disebut infinitismal dose maka dos ini mempunyai tenaga-tenaga yang seni dan khasiat ubat itu yang bertenaga atom atau gerak elektrik (elektron).
Dunia perubatan lama Allopathy yang selama ini membanggakan penyiasatan penyakit dan ubatnya di bawah kuasa pembesar teropong yang dapat melihat dan membesarkan rupa-rupa kuman, tetapi dengan datangnya perubatan Homeopathy  sudah ketinggalan jauh dibawa oleh perubatan Homeopathy teropong yang bermilion-milion kali kuat bagi melihat kuasa-kuasa elektron.
Prof. Von Behring dalam penyiasatanmya telah membuktikan di hadapan Sidang Persekutuan Physiology Berlin, German, berkenaan kuman Tetanus adalah lebih besar daya penyembuhnya dengan diberikan bisa-bisa tetanus itu, manakala dihaluskan kepada tenaga Infinitismal.

Lebih tegas lagi pendapat ahli sarjana yang masyhur seperti Virchow, Moleschott dapat menunjukkan dahawa ubat yang diperhaluskan tenaganya hingga sampai kepada kehalusan atom dan elektron lebih besar khasiatnya daripada masih dalam keadaan benda yang biasa. Perubatan Biochemic Dr Schuessler telah menjadi kenyataan yang berulang tiap-tiap hari boleh menyembuhkan bermacam-macam penyakit dengan memberikan tenaga atom ubat Biochemic itu kepada ulas-ulas sel urat saraf manusia itu. Jalan penyembuhan Biochemic Dr. Schuessler ini adalah sejalan dengan infinitismal dos perubatan Homeopathy, cuma bezanya Biochemic ditujukan kepada kekurangan zat-zat biochemic kepada ulas-ulas sel yang lapar.

Daya tenaga ubat-ubat potensi Homeopathy itu dalam dunia perubatan baharu ini semakin nyata kebenarannya bagaimana yang telah disaksikan dalam Gedung Penyiasatan Boyd pada tahun 1957, bagaimana kebenaran dan kenyataan ubat-ubat potensi itu sungguh benar kecergasannya memberi daya penyembuh.
Homeopathy telah lebih 50 tahun masuk ke Malaya.  Saya balik dari India pada tahun 1929 telah membawa pengertian Homeopathy yang telah melepaskan saya daripada penyakit lelah.  Tahun 1937 baharulah saya dapat bersama dengan Prof. Dr. Rajah membuka gedung Homeopathy di Singapura dan Johor Bahru sehingga tahun 1942. Usaha-usaha saya terhenti kerana sibuk dengan soal pergerakan agama dan tanahair.

Pada 29 Ogos 1952 saya mulakan kembali menggunakan ubat Homeopathy dengan memberikan banyak pertolongan kepada keluarga dan sahabat handai. Pada tahun 1954 suatu Angkatan Pemuda Homeopathy mula tersusun mempelajari ilmu ini setelah saya ditugaskan oleh pihak Perguruan Homeopathy International.  Akhir sekali terdirilah Dewan Kesihatan Melayu di Singapura dan Dewan Tata Hidup (1957) di Kuala Lumpur. Semangat perkembangan Homeopathy dapat perangsang manakala Dr Corea datang dengan rasminya melawat Malaya dengan tugas Congress Perubatan Homeopathy Sedunia pada masa Malaya merdeka itu.  Jaguh Homeopathy International yang terkenal Dr. Edward Mac. Heyzer dalam angkatan tentera British yang datang ke Malaya dalam masa Perang Jepun, ia sebagai seorang doktor dan surgen tentera telah mengambil bahagian aktif memperluaskan dan memperkenalkan Homeopathy di hospital dan dalam peringkat terpelajar di negeri ini.

Beberapa orang India yang telah mendapat pelajaran menggunakan ubat Homeopathy secara layman physician ada yang memberi pertolongan kepada masyarakatnya di Malaya dan ada yang membuka kedai-kedai ubat Homeopathy di bandar-bandar besar di negeri ini.  Masyarakat kita Melayu telah mula menerima jasa pertolongan perubatan Homeopathy ini kerana murah, senang dan sedap dimakan, lebih-lebih lagi perempuan dan kanak-kanak sangat tertarik dengan perubatan Homeopathy ini sesuai dengan adat kesenangan orang-orang Melayu.

Monday 4 July 2011

Kedudukan Homeopathy Di Malaysia

Di Malaysia Perubatan Homeopathy diletakkan di bawah TCM (Traditional & Complementary Medicine) atau Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari (BPT&K), oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM telah melantik enam (6) Badan Pengamal yang merangkumi keseluruhan sistem perubatan yang diamalkan di Malaysia. Ia adalah termasuk: Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (PUTRAMAS), Federation of  Chinese Physicians and Medicine-Dealers Associations of  Malaysia (FCPMDAM), Federation of Chinese Physician & Acupunturists Association of Malaysia (FCPAAM), Malaysian Chinese Medical Association (MCMA), Pertubuhan Perubatan Tradisional India Malaysia (PEPTIM) dan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM).

Badan Pengamal Homeopathy dikenali sebagai Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) atau Malaysian Homeopathic Medical Counsil didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah BPTK (Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari). MPHM dengan kerjasama KKM bertindak sebagai pemantau kepada semua pengamal-pengamal perubatan Homeopathy seluruh Malaysia. KKM telah mewajibkan setiap pengamal Homeopathy supaya mendaftar melalui e-Pengamal dengan KKM dan menjadi ahli kepada MPHM. Ini untuk memastikan supaya amalan perubatan Homeopathy di Malaysia dijalankan dengan sah, berkesan, bermutu dan selamat kepada Khalayak. Di samping itu MPHM telah diberi kuasa untuk mengawal selia serta meningkatkan professionalisme para pengamal Homeopathy.

Usaha kerajaan Malaysia melalui KKM dalam mempertingkatkan perubatan komplementari ini perlulah diberikan pujian. Ini terbukti dengan tertubuhnya Hospital Intergrasi kerajaan di tiga buah hospital yakni Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang,  Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. KKM telah mewujudkan Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari beroperasi di setiap hospital-hospital tersebut. Walaupun perkhidmatan di unit-unit tersebut masih terhad kepada beberapa jenis perkhidmatan namun ia telah menampakkan sambutan yang menggalakkan dari masyarakat. Perkhidmatan tersebut adalah ‘Urutan Melayu Bagi Rawatan Kesakitan Kronik Dan Angin Ahmar, Akupuntur Bagi Rawatan Kesakitan Kronik Dan Angin Ahmar, Perubatan Herba Sebagai Rawatan Sampingan Untuk Pesakit Barah dan Amalan Melayu Dalam Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (hanya di Hospital Putrajaya sahaja).

Setelah projek ini menampakkan kejayaannya kerajaan bercadang akan memperluaskan lagi ke hospital-hospital di seluruh negara dan dianggarkan dalam rancangan Malaysia Ke 10 semua hospital di seluruh negara mempunyai unit PTK nya yang tersendiri termasuk perubatan Homeopathy.

Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang kini dikenali sebagai Malaysian Qualifying Agency (MQA) dengan kerjasama KKM dan MPHM telah berjaya menyediakan draf kurikulum Homeopathy serta telah diterima pakai oleh KKM dan Kementerian Pengajian Tinggi.  Sekarang ini sebuah universiti yakni Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS) telah pun memulakan kursus di peringkat ijazah Bachelor of Homeopathic Medicine Science (Hons.) [BHMS {Hons.}] pada Ogos 2010.  Ini adalah lakaran sejarah yang pertama di mana dalam tempuh lima tahun dari sekarang CUCMS akan mengeluarkan graduan Homeopathy yang pertama di Malaysia dan mungkin akan diserapkan ke hospital-hospital kerajaan.  Dikhabarkan ada beberapa buah universiti lagi yang akan mewujudkan fakulti perubatan Homeopathy dan ini adalah khabar baik kepada ibu bapa yang berminat untuk menyerapkan ilmu perubatan ini kepada anak-anak mereka.