Monday 4 July 2011

MENGENALI HOMOEOPATHY

Sebelum itu  eloklah  kita  mengetahui  jenis - jenis  perubatan  yang diamalkan seluruh dunia pada masa ini. Ianya  dibahagikan kepada tiga :
1.     Allopathy – yakni perubatan konvensional seperti hari ini, yang meluas diamalkan seluruh dunia termasuk negara kita.
2.      Homoeopathy – akan dibincangkan.
3.    Tradisional dan Komplementari– termasuk Herbalis, Singseh, Ayurvedic, Akupuntur, Bomoh/pawang, Aroma terepi, Aura Terepi,  Siddah, Yunanis dan sebagainya.

Apa itu HOMOEOPATHY ??
   
                Pada perkataannya ‘Homoeo’ berasal dari perkataan Greek bermaksud satu atau sesuatu atau seiras atau serupa atau lebih tepat lagi ialah serasi. Manakala ‘Pathy’ adalah dari perkataan pathos yang bermaksud ubat. Maka dapatlah disimpulkan di sini bahawa Homoeopathy adalah suatu  kaedah merawat pesakit atau memberikan ubat mengikut keserasian antara ubat dan pesakit. Bertolak dari sini lahirlah satu undang-undang keserasian yang menjadi asas Homoeopathy yakni Similia Similibus Curantur  atau ‘let likes be treated by likes’ (serupa ubat yang serasi dengan penyakit menyembuhkan).  Di sinilah letaknya rahsia kejayaan para Homoeopath dalam  menyelesaikan masalah penyakit-penyakit yang sukar diubati.

Dari mana asalnya Homoeopathy??
    
Dr F. Samuel Hahnemann
Homoeopahy berasal dari negara German.  Ia lahir semasa tercetus nya Revolusi Jentera (Renaissance) di Eropah. Ia diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann  ( 1755 – 1843) setelah menghabiskan kajiannya bertahun-tahun mencari alternatif baru daripada perubatan konvensional (Allopathy ) yang diamalinya kepada perubatan yang lebih selamat, dan beliau telah berjaya menemuinya melalui undang-undang similimum yang dinamai sebagai Homoeopathy.

Siapakah Dr. Samuel Hahnemann dan mengapa beliau meninggalkan kaedah Allopathy dan mencipta sistem perubatan Homoeopathy ??..

 Nama sebenar beliau ialah Christian Fredrik Samuel Hahnemann. Di lahirkan di daerah Messen, Saxony, German ( 1755). Mendapat ijazah kedoktoran ( M.D ) pada tahun 1779 dan memulakan kariernya sebagai doktor perubatan di Hettstadt. Selain menguasai bahasa ibundanya beliau juga mahir dalam bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Greek dan Arab.

Kel            Kelemahan system perubatan yang diamalinya pada masa itu, kesan-kesan buruk dari pengambilan ubat drug,  kesembuhan yang tidak menepati kepada matlamat dan banyak lagi telah mendorong  Hahnemann melanjutkan lagi kajiannya dalam hal berkait dengan perubatan. Beliau banyak mengkaji dan menterjemah kitab-kitab perubatan dari bahasa asing ke bahasa Jerman.

      S                Semasa menterjemah kitab Cullen’s Materia Medica dalam tahun 1790, beliau amat tertarik dengan huraian Cullen berkait dengan satu ubat bernama Cinchana (Quinine). Cincana ini digunakan sebagai ubat demam malaria. Sifat ingin tahu yang mendalam mendorong Hahnemann mengujinya pada tubuh badannya sendiri dengan cara memakan cincana tersebut secara berlebihan. Hasilnya timbul gejala-gejala yang serupa dengan pengidap demam malaria. Beliau terpegun dengan penemuan ini, dimana ubat cincana yang digunakan untuk pengidap malaria boleh menimbulkan kesan racun pada tubuh yang sihat di mana gejalanya  serupa dengan gejala demam malaria. Rahsia keserupaan gejala ubat dengan gejala penyakit ini terus dicungkil dengan menguji bahan-bahan ubat yang lain pula. Ternyata wujud satu rahsia keserasian antara benda-benda berubat dengan sesuatu penyakit.

                      Anak, isteri dan sahabat-sahabatnya yang terdekat menjadi bahan uji (prover) kepada ubatnya yang terpilih. Bahan ubat yang siap di uji telah digunakan untuk mengubat pesakit-pesakit yang mempunyai gejala yang serupa dengan gejala ubat, maka didapati penyakit itu sembuh. Inilah dia suatu undang-undang nature (tabii) yang dijadikan tuhan untuk manusia memahaminya dan mengamalinya dan ia menjadi asas yang kukuh dalam perubatan Homoeopathy. Ia disebut Similia Similibus Curantur
monumen Hahnemann
.

Apakah hasil kerja Hahnemann seterusnya ??..

 

          Selepas enam belas tahun kajiannya ( 1806 ), hasil dari pengalaman dan ujikaji beliau berjaya menerbitkan  buku pertamanya “Medicine of Experience” yang menghuraikan tentang kaedah Homoeopathy. Pada tahun 1810 beliau berjaya menghasilkan pula sebuah buku yang hebat yang menjadi rujukan kepada semua pelajar dan pengamal Homoeopathy seluruh dunia hingga ke hari ini, dinamakan “The Organon”. Kitab ini merupakan kanun atau kitab perlembagaan Homoeopathy.

 

           Dalam tahun 1811, Hahnemann menghasilkan pula “Materia Medica Pura” yang mengandungi enam puluh tujuh remedi yang telah di proving atau disahkan khasiat perubatannya. Di bawah setiap remedi tersebut disenaraikan keseluruhan simptom atau gejala bermula dari simptom mental yang sabjektif hinggalah simptom anggota keseluruhan. Semasa Hahnemann mengajar di University of Leipzig, Jerman, beliau menjadikan Materia Medica Pura sebagai sumber pengajarannya di fakulti perubatan.  Kini Meteria Medica Pura telah diterjemahkan di dalam berbagai-bagai bahasa di dunia.
monumen Hahnemann

Sepanjang ia berkecimpung di bidang perubatan beliau telah berjaya membuat proving sebanyak 100 jenis ubat.  Beliau juga telah menghasilkan lebih dari 70 penulisannya dalam bidang kimia dan perubatan.  Dalam bidang penterjemahan, beliau menghasilkan kerja-kerja menterjemah buku-buku yang berkaitan kimia, pertanian dan kesusasteraan dari bahasa Enggeris, Perancis, Itali, dan Latin ke bahasa German.  Begitu juga sumbangan beliau dalam bidang Botany, Astronomy, Meteorology dan Geography.


surat2 Hahnemann
                  
Perkembangan Homoeopathy selepas era Hahnemann

Homoeopathy bertambah mendapat galakan selepas peperangan dunia  yang kedua, iaitu di zaman Dr. J. T. Kent,  Dr. Emil Schlegel,  Dr.Karl  Stauffer,  Dr. Paul Dhalke,  Dr. Pierre Schmidt,  Dr. Voegeli,  Dr. Flury,
Dr. Haeni dan ramai lagi samada dari German Barat atau Timur.
   
       Sambutan yang luar biasa terhadap sistem perubatan ini amatlah mengagumkan sehinggalah tertubuhnya sebuah hospital Homoeopathy yang pertama di Stuttgart, German yang bernama ROBERT BOSCH KRANKENHAUS  (Hospital Robert Bosch).  Hospital ini terletak di Hahnemann Strasse, Stuttgart.  Di sini juga di dirikan sebuah Hahneamann Museum yang banyak terdapat catatan-catatan penting mengenai Homoeopathy yang telah dibuat oleh Hahnemann Sebuah daripada pertubuhan yang cukup kuat di German ialah German Central Association of Homoeopathic Doctor.  Para-para ahli cendekiawan Homoeopathy telah mengadakan beberapa seminar di Berlin, Munich dan tempat-tempat lain.  Mereka menulis di dalam akhbar-akhbar tempatan dan menerbitkan majalah-majalah serta beberapa banyak buku-buku mengenai Homoeopathy.  Ada yang telah diterjemahkan kepada berbagai-bagai bahasa untuk pengetahuan umum. Dengan kekuatan dan tenaga daripada badan ini, mereka telah dapat menubuhkan  International Homoeopathic Medical League.  Persatuan-persatuan perubatan yang lain tidak dapat berbuat apa-apa dengan kegemilangan sistem ini yang begitu pesat sehingga kerajaan German telah mengeluarkan satu Stamp Khas mempunyai gambar foto Dr. Semuel Hahnemann kepada orang ramai di German yang dipanggil hari HAHNEMANN SPECIAL HUMANITARIAN SERVICES.

         Perkembangan sistem perubatan Homoeopathy di negara-negara yang telah majuu di Eropah adalah berlainan di antara satu negara dengan satu negara yang lain.  Sistem ini berkembang maju dan tumbuh di seluruh dunia mengikut tarikh yang berbeza;-

                        1    GERMANY                                 1807
2    AUSTRIA                                   1817
                        3    HUNGARY                                 1817 

4     BOHEMIA                                 1817

5     SOUTH AMERICA                     1818
6     DENMARK                                1821
7     ITALY                                        1821
8     USA                                          1823
9     RUSSIA                                     1823
10   GREAT BRITAIN                         1823
11   SWEDEN                                   1826
12   CHINA                                        1826
13   SPAIN                                        1827
14   FRANCE                                     1829
15   JAPAN                                        1830
16   INDIA                                          1835
17    AFRICA                                      1838
18  CEYLON                                      1838
19     CUBA                                          1842
20   CANADA                                     1850
21.  AUSTRALIA                                 1850
 22.    BELGIUM                                   1851 
23     JAMAICA                                     1870
24     MEXICO                                       1883
25     MALAYA                                      1938


Perkembangan Homoeopathy di Malaysia…

Prof Dr Burhanuddin Al Helmi

          Di Asia Tenggara umumnya dan di Negara kita Malaysia khasnya, kita menerima Homoeopathy agak terkebelakang berbanding dengan  negara-negara lain di dunia. Di Tanah Melayu  (Malaya), homeopati mula diamalkan di Johor Bahru oleh seorang Pegawai Perubatan tentera British yang bernama Col. Dr. S. A. Rajah pada tahun 1939. Orang yang mula-mula bertanggungjawab mengembangkan Homoeopathy ke Malaysia ialah Allahyarham Prof Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Beliau bersama-sama rakan-rakan beliau seperti Prof Dr Col A. S. Rajah,  Prof Dr EPM Carthy Heyzer, Prof Dr Mohamad bin Yaacob (pernah dilantik sebagai orang perantara dalam isu air antara Malaysia dan Singapura) dan ramai lagi telah berjaya mengembangkan Homoeopathy di Malaya. Satu Faktor sejarah yang tidak di ketahui umum ialah klinik perubatan yang pertama sekali yang menjalankan perkhidmatan perubatan kepada masyarakat ialah klinik homeopati yang dikendalikan oleh Prof Dr Burhanuddin yang terletak di Singapura sewaktu perang dunia ke dua. Ketika itu belum ada lagi klinik-klinik lain yang beroperasi. Kemudian barulah wujud sebuah klinik Allopati di Kuala Lumpur.
Pada hari ini kita boleh melihat klinik-klinik Homoeopati telah tumbuh di serata tempat di negara kita.  Walaupun pengetrahuan masyarakat mengenai Homoeopathy masih terlalu sedikit namun peratus kejayaan Homoeopathy dalam menyembuhkan penyakit-penyakit yang sukar diubati oleh perubatan lain telah membuka mata   
masyarakat untuk memilih HomoeopatI sebagai rawatan Alternatif.

Prof Dr Muhammad Yaacob

 Menyahut  seruan World Health Organization (WHO), pada tahun 2001  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  telah berjaya mewujudkan suatu jabatan di dalam KKM yang dikenali sebagai  Traditional And Complementary Medicine Division (TCM). Perubatan Homeopathy juga telah diletakkan di bawah jabatan ini. 
Semenjak penubuhan TCM oleh kementerian, banyak sudah program- program yang telah dianjur bagi menaik taraf sistem perubatan alternatif ini.  Suatu badan pengamal yang menggabungkan kesemua persatuan-persatuan homeopati yang berdaftar di Malaysia di bawah satu bumbung telah diwujudkan. Badan ini dinamakan Majlis Perubatan Homeopati Malaysia (Malaysian Homeopathic Medical Council). Badan ini didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan bertanggung  jawab menaiktarafkan sistem perubatan homeopati sebagai suatu sistem perubatan yang diiktiraf  di Malaysia.

Sebagai langkah permulaan kerajaan melalui KKM telah berjaya mewujudkan Hospital Integrasi, yakni hospital yang mengandungi lebih dari satu system perubatan.  Di beberapa buah Hospital kerajaan yang dipilih. Hospital Integrasi ialah hospital yang ada di dalamnya sistem konvensional dan sistem perubatan alternatif, samada perubatan melayu, sinseh (Cina), Ayurveda (India) atau Homeopati.Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Kepala Batas Pulau Pinang, Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru. Sebagai permulaan hospital-hospital ini dipilih sebagai perintis dan akan dikembangkan mungkin keseluruhan hospital di Malaysia pada masa akan datang.







No comments:

Post a Comment