
Yang banyak sekali mempengaruhi dan pengambilan ilmu perubatan Melayu ialah daripada perubatan Hindu dan Buddha ia itu pengaruh agama Hindu dan Buddha yang dipeluk oleh bangsa Melayu. Bila bangsa Melayu memeluk ugama Islam maka pengaruh perubatan Islam itu menambah lagi ilmu perubatan Melayu yang telah sedia ada. Kedatangan penjajah barat ke nusantara kita ini membawa perubahan yang terpaksa pula memakai perubatan barat, maka terbenamlah perubatan-perubatan yang lalu itu oleh pengaruh perubatan barat. Demikian juga halnya bangsa Asia yang lain seperti Cina dan India. Mesir pun terpengaruh dengan mengagungkan perubatan barat hingga ada yang merendahkan perubatan sendiri.
Dunia perubatan barat membanggakan bahawa bapa perubatan dunia ialah Hippocrates (S.M. 60 – 370) ia itu dukun bangsa Greek purbakala. Tetapi sebelum itu agama Hindu telah lama terdahulu di mana di antara rangkaian kitab ATHARVA VEDA itu adalah suatu kitab perubatan berkenaan dengan yang dinamakan AYURVEDA. Tegasnya Greek masih dalam gelap lagi, India telah terkarang kitab perubatan AYURVEDA. Kitab Veda itulah setua-tua kitab dalam dunia ini yang masih dapat dibaca sekarang. Setelah AYURVEDA, datang pula zaman Samhita seperti AGNIVESA dan perakaman CHARAKA. Ini adalah edaran kedua zaman perkembangan perubatan. Peredaran perubatan ketiga dari kurun ketujuh masihi. VIKSHU ATREYA ialah mahaguru kepada JIKAKA dan menjadi dukun kepada Buddha sendiri dn kepada maharaja BIMBISARA iaitu kurun keenam sebelum Masihi. Universiti TAKSHASILA ialah sebuah Universiti Perubatan yang besar sekali dalam dunia seluruhanmya pada zaman itu. VIKSHU ATREYA ialah mahagurunya, pengarang kitab SUSRUTA ialah Mahaguru NAGARJUN, lmu SALYATANTRA ialah menerangkan tentang surgery.
Dari kurun ketujuh hingga kurun ke 16 Masehi, edaran perubatan ketiga itu mulai dari MADHARA KARA hingga BHARAMISRA yang mengarang kitab BHABAPRAKASHA. Dalam majalah LANCET keluaran 12 Sept 1846 satu makalah yang ditulis oleh WISE berkenaan perubatan ini menerangkan India bukan sahaja maju dalam lapangan perubatan bahkan dalam lapangan ilmu yang lain seperti Hisab, Falak, Geometry telah lebih lama dan terdahulu daripada PTOLOMY, PHYTAGORAS, ARCHIMEDES, ARISTOTLE. Begitu juga dalam ilmu perubatan, India juga telah lebih dahulu. HESSLER dalam menterjemahkan kitab SUSRUTA SAMHITA mengatakan perubatan India telah maju 1000 tahun sebelum Masihi. Menurut dakwaan India, ilmu perubatan India menjalar ke negeri Arab lalu ke Mesir dan ke Yaman dan Greek. Yayasan MANU kedapatan telah wujud kira-kira 1,400 tahun sebelum Masihi manakala Yayasan ini mengajarkan hal jenis-jenis perniagaan termasuklah perniagaan benda-benda perubatan. Kejatuhan perubatan India itu ialah manakala negerinya diserang dan ditakluk oleh musuh sebagaimana tersebut dalam sejarah India. Maka turut pula merosot ilmu perubatannya.


Lebih dari 700 tahun perubatan Islam masih lagi terpakai di hospital-hospital di seluruh dunia hari ini, seolah-olahnya pendapat-pendapat itu pendapat mereka (Barat), pada hal ianya pengambilan daripada beberapa hukamak Islam. Sayangnya pendapat-pendapat hukamak dan tabib Islam itu tidak disebut oleh orang-orang Barat.
Kemasyhuran Al Razi (854 -925) dalam ilmu perubatan, kitabnya telah diterjemahkan ke bahasa Latin, dan dipelajari di Universiti-universiti Eropah pada abad pertengahan hingga sekarang ini seperti kitab Spiritual Physic. Tuan M. Mayerhopf memuji Al Razi. Katanya tidak syak lagi Al Razi ialah seorang ulama di antara yang terbesar sekali dalam dunia Islam dan seorang besar perubatan sepanjang zaman. Manakala kemajuan dan keagongan Islam itu semakin layu dan ilmu tamadun islam itu sudah banyak disalin kebahasa Barat lantas tamadun dan perubatan barat pula mengambil jalan perkembangannya yang baharu. Pada tahun 1590 mula didapati teropong pembesar benda yang digelar bapa ilmu kuman (Bacteriology & Protozology) ialah A.D. Malpighi (1694 – 1628). Lee Van Hoek mengasaskan ilmu teori ulas-ulas sel (Cell Theory). Bichat (1801 – 1771) mengasaskan ilmu Histology. Morgani mengasaskan ilmu Pathology. Virchow (1821) bapa Cellular Pathology. Louis Pastur bapa pencegah penyakit (Preventive Medicine).
Pendapat Jennar menggunakan air cacar pada mencegah penyakit cacar bersama dengan pendapat Pastur membuka lapangan ilmu pencegahan penyakit. Lister digelarkan bapa Aseptic Surgery. Robert Koch (1843) digelar bapa moden ilmu kuman. Elias Metchsikoff (1866 – 1925) mendapat Pagocytosis digelar bapa teori pembantut ( Theory of Immunity). August Von Wassermann (1876 – 1925) yang banyak memberikan pendapatnya dalam Serology seperti berkenaan dengan Agglutininins, Opsonin dan benih penyakit demam kuning di Afrika.
Inilah cara perubahan dan perkembangan cara perubatan barat yang semakin meluas pada mengenal perkembangan penyakit-penyakit itu dari segi benda yang didapati dengan menggunakan teropong, yang memisahkan penyakit kuasa hayat dengan tenaga hama-hama dan serum hingga menjadikan arah ilmu perubatan itu berkembang menuju dua arah yang berlainan. Tenaga kuasa hayat semakin ditinggalkan dan perhatian dan kajian kepada tenaga hama-hama dan serum semakin besar dan meluas. Tambahan pula perkembangan dan perlumbaan Captalism dalam perusahaan industri baharu dan penaklukan pasaran dunia maka masuklah perdagangan ubat-ubat.

Perbezaan kedua arah cara perubatan itu semakin dibahas dan dipelajari dan masing-masing mengambil perkembangannya dalam dunia ilmu perubatan. Perbezaan-perbezaan di antara kaedah Contraria dengan Similia semakin kencang hingga menimbulkan pergeseran dan pertentangan hingga timbul takrif perbezaan sekolah perubatan baharu Homeopathy dan sekolah perubatan lama Allopathy. Homeopathy menumpukan kepada falsafahnya dan usahanya kepada penyembuhan diri orang sakit itu dan perubatan Allopathy pula menumpukan kepada usaha menyembuhkan penyakit hingga timbul kata tiada penyakit hanyalah orang sakit.

Tenaga sinaran Radium ini setelah didapati bukti-buktinya maka dicuba bagi penggunaan perubatan dan telah didapati boleh menyembuhkan bermacam-macam penyakit seperti sakit-sakit, luka kulit, rheumatism dan sebagainya maka dengan bukti-bukti demikian bahawa tenaga atom dan sinaran cahaya Radium itu boleh digunakan oleh Ahli Sarjana untuk menyembuhkan penyakit-penyakit. Ini adalah membukakan suatu lapangan perhatian ilmu perubatan lebih lagi daripada pendapat teropong yang telah mendapati kuman-kuman dan serum, kerana ternyata tenaga atom boleh memberikan tenaga penyembuhan maka adalah menunjukkan pula bahawa penyakit idapan itu bukanlah disebabkan oleh kuman atau serum tetapi berpunca daripada tidak betulnya perjalanan hayat dan kuasa hayat sedang jika dibunuh dan dimusnahkan kuman-kuman dengan kekuatan ubat-ubat tetapi selagi kuasa hayat itu tidak betul akan timbul pula kuman-kuman baru yang ditimbulkan oleh kuasa hayat itu sendiri yang mengeluarkan kuman-kuman itu. Sebab penyakit telah terbatal dengan sendiri kerana kuman adalah natijah yang kedua daripada perubahan kuasa hayat. Sebab yang pertama ialah perubahan kuasa hayat. Tegasnya perubahan kuasa hayat itu lah yang menimbulkan natijah atau penjelmaan kuman-kuman, serum-serum atau lainnya.


Ubat-ubat atau penawar Homeopathy pada umumnya adalah ubat-ubat yang dibuat dengan cara Dynamisation atau Potentization. Manakala ubat-ubat itu telah siap dipotentise, katalah pada kuasa 12x atau 30x maka ubat itu sudahlah masuk pada kira Infinitismal atau bertenaga atom. Apalagi jika ubat-ubat itu telah meningkat pada potensi 100, 1000, 10,000 million dan beratus million. Ubat-ubat Homeopathy itu sudah bertenaga penyembuhannya itu melalui tenaga atom. Demikianlah perkembangan perubatan Homeopathy mengambil tempat persekolahan baru dalam dunia perubatan, lapangan sains dan seni perubatan.


Persekolahan perubatan lama terpaksa mengubah cara dan sikap bagi mempertahankan keagongannya berjalan dengan tidak perpandukan undang-undang alam hingga terpaksa ia membuat pertukaran dan perubahan dengan tidak ada panduan undang-undang tabii bagi menuju kesembuhannya yang tabii. Tetapi Homeopathy tidak sedikit pun berganjak bahkan tetap dengan undang-undang tabiinya terus berjalan dan berkembang. Sekali undang-undang seraksi telah didapati dan diakui oleh sarjana perubatan akan kebenarannya dan kenyataannya, maka ianya tetap selama-lamanya menjadi suatu kebenaran dan kenyataan.




Kejayaan dalam mengamalkan Homeopathy ini bergantung kepada memilih ubatnya yang seraksi dengan “Undang-undang Seraksinya” dan bergantung kepada ubat Homeopathy yang betul-betul baik, diperbuat mengikut undang-undang dan peraturan perubatan Homeopathy jua, tidak ubat-ubat yang ditiru dan palsu.

Dalam hari-hari ia mengamalkan ilmu perubatannya , mengubat orang-orang sakit, semakin bertambah hari semakin ketara bahawa tiada ketentuan khasiat ubat yang diberikannya itu yang dapat memberikan kesembuhan sebagaimana yang dikehendakinya. Sekian hari semakin menimbulkan keraguannya. Dalam keadaan nya yang demikian bila anak-anaknya terkena sesuatu penyakit tidaklah ia mahu memberikan ubat kepada anak-anaknya yang dikasihinya, rela ia membiarkan anak-anaknya sakit dengan tidak berubat.
Sewaktu ia menterjemahkan ke bahasa German kitab khasiat ubat-ubat (Materia Medica) karangan Cullen (tahun 1790) sampailah ia kepada suatu ubat yang bernama Cincona dalam kitab Cullen itu yang menerangkan bahawa ubat Cincona ini boleh menyembuhkan sakit demam, kerana dalam huraiannya khasiat cincona itu boleh membuatkan demam kepada orang yang sihat yang memakannya. Soal yang besar timbul dalam fikirannya bagaimana Cincona boleh membuatkan demam dan Cincona pula boleh menyembuhkan yang seperti demam itu..
Kemusykilan inilah yang menjadi punca Hahnemann mencari rahsia tabii undang-undang seraksi Similia itu. Dengan kemusykilan ini beliau mencuba sendiri ubat Cincona itu yang boleh mendatangkan demam tetap serupa bagaimana semboyannya dalam kitab Cullen itu. Kemudian beliau mencuba sendiri beberapa ubat-ubat yang besar yang lain-lain seperti mencuba Cincona itu, dapatlah ia mengumpulkan semboyan-semboyan dan keterangan yang diperlukan.
Akhirnya terbukalah dengan jelas kepadanya undang-undang tabii iaitu undang-undang penyembuhan SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR itu. Setelah keyakinan yang penuh didapatinya atas undang-undang seraksi itu teruslah ia mencurahkan usahanya menbuat percubaan kepada beberapa jenis ubat yang lain lagi. Pada tahun 1796 dapatlah ia mengeluarkan makalah-makalah segala perkara yang penting menjadi siaran dan perisytiharannya dalam majalah perubatan yang masyhur HUFFLAN’S Journal.
Manakala makalahnya tersiar berkenaan dengan undang-undang seraksi yang telah didapatinya itu heboh dan gegarlah kedudukan alam perubatan seluruhnya terutama alam perubatan yang telah diiktiraf di seluruh negeri di Eropah ketika itu.

ORGANON itulah kitab utama sekali mengandungi falsafah dan perubatan Homeopathy yang sangat berjaya mengajarkan ilmu Seraksi bagi menyembuhkan penyakit menusia yang telah mendapat sambutan daripada rakannya. Maka dengan kitab ORGANON itulah naik kemegahannya kerana mendapat kaedah undang-undang seraksi, sebagai jurureka yang mendapat undang-undang seraksi perubatan Homeopathy itu.
Kemasyhurannya telah memberikan peluang kepadanya mengajar ilmu baharu itu di University Leipzic selama sembilan tahun, iaitu dari tahun 1812 hingga tahun 1821. Kerana kemegahan dan kejayaan jasanya yang besar itu adalah menambah kemarahan golongan-golongan yang menentang dan memusuhinya. Akhir sekali dengan fitnah dan desakan berbagai-bagai helah musuhnya terpaksalah dia dihalau keluar dari Leipzic.




Kenyataan ini ielah disebutkan dengan jelasnya di dalam kitab Qrganon yang di namakan Theory of Dynamization dahulu. Hahnemann memerhati dan menyaksikan khasiat sesuatu ubat itu bila diberikan kepada orang sakit bila ubat-ubat itu melawan penyakit (aggravate) tandanya ubat itu seraksi, tetapi itu terlalu tebal dan keras menambahkan sakit di atas sakit yang sedia ada pada orang sakit itu. Tetapi oleh kerana ubatnya telah serupa dan seraksi dengan penyakit itu, setelah habis melawan ubat penyakit itu pun sembuh dengan baiknya. Sakit-sakit yang melawan ubat inilah yang menimbulkan fikirannya pada mendapatkan undang-undang menajam dan menghaluskan ketajaman ubat itu yang dinamakan Low of Dynamization. Ia ditimpa kemalangan kematian isterinya pada tahun 1830, setelah kematian isterinya ia ditimpa susah dan berbagai kesulitan hidup.

Walaupun Hahnemann telah meninggal dunia seperti mahaguru-mahaguru yang lain, tetapi ajaran Homeopathy terus hidup dan berkembang ke seluruh negeri yang maju dan bertamadun. Hari ini Homeopathy berkembang terus di Eropah dan Amerika serta beberapa buah negeri di Asia, Afrika dan Australia. Di negeri-negeri Russia juga turut berkembang.
Undang-undang Similia bukanlah perkara baharu, tetapi dari semenjak zaman purba lagi undang-undang ini telah diterima oleh ahli-ahli perubatan India, Greek dan Arab, cuma tidak dapat kaedah memakainya sehingga Hahnemann dapat memakaikan kaedah Similia itu sebagai kaedah yang tetap.

Ahli-ahli falsafah India tua telah mempercayai asal punca segala benda yang dinamakan PARAMANU seperti ahli sarjana zaman sekarang mempercayai Molikul dan Atom. Pembahagian asal benda kepada mereka terbahagi kepada lima asal:-
- Cair – OP
- Keras – KSHITI
- Angin – MARUT
- Athir – BYOM
- Tenaga Kuasa – TEJA
Undang-undang Similia atau seraksi yang didapati oleh Hanemann itu sampai kepada umbi-umbi khasiat benda yang sekarang dikenal sebagai tenaga atom kerana teorinya dari amalan perubatan Homeopathy ini ialah menggunakan dos yang sangat-sangat halus yang disebut infinitismal dose maka dos ini mempunyai tenaga-tenaga yang seni dan khasiat ubat itu yang bertenaga atom atau gerak elektrik (elektron).
Dunia perubatan lama Allopathy yang selama ini membanggakan penyiasatan penyakit dan ubatnya di bawah kuasa pembesar teropong yang dapat melihat dan membesarkan rupa-rupa kuman, tetapi dengan datangnya perubatan Homeopathy sudah ketinggalan jauh dibawa oleh perubatan Homeopathy teropong yang bermilion-milion kali kuat bagi melihat kuasa-kuasa elektron.
Prof. Von Behring dalam penyiasatanmya telah membuktikan di hadapan Sidang Persekutuan Physiology Berlin, German, berkenaan kuman Tetanus adalah lebih besar daya penyembuhnya dengan diberikan bisa-bisa tetanus itu, manakala dihaluskan kepada tenaga Infinitismal.


Daya tenaga ubat-ubat potensi Homeopathy itu dalam dunia perubatan baharu ini semakin nyata kebenarannya bagaimana yang telah disaksikan dalam Gedung Penyiasatan Boyd pada tahun 1957, bagaimana kebenaran dan kenyataan ubat-ubat potensi itu sungguh benar kecergasannya memberi daya penyembuh.
Homeopathy telah lebih 50 tahun masuk ke Malaya. Saya balik dari India pada tahun 1929 telah membawa pengertian Homeopathy yang telah melepaskan saya daripada penyakit lelah. Tahun 1937 baharulah saya dapat bersama dengan Prof. Dr. Rajah membuka gedung Homeopathy di Singapura dan Johor Bahru sehingga tahun 1942. Usaha-usaha saya terhenti kerana sibuk dengan soal pergerakan agama dan tanahair.
Pada 29 Ogos 1952 saya mulakan kembali menggunakan ubat Homeopathy dengan memberikan banyak pertolongan kepada keluarga dan sahabat handai. Pada tahun 1954 suatu Angkatan Pemuda Homeopathy mula tersusun mempelajari ilmu ini setelah saya ditugaskan oleh pihak Perguruan Homeopathy International. Akhir sekali terdirilah Dewan Kesihatan Melayu di Singapura dan Dewan Tata Hidup (1957) di Kuala Lumpur. Semangat perkembangan Homeopathy dapat perangsang manakala Dr Corea datang dengan rasminya melawat Malaya dengan tugas Congress Perubatan Homeopathy Sedunia pada masa Malaya merdeka itu. Jaguh Homeopathy International yang terkenal Dr. Edward Mac. Heyzer dalam angkatan tentera British yang datang ke Malaya dalam masa Perang Jepun, ia sebagai seorang doktor dan surgen tentera telah mengambil bahagian aktif memperluaskan dan memperkenalkan Homeopathy di hospital dan dalam peringkat terpelajar di negeri ini.
Beberapa orang India yang telah mendapat pelajaran menggunakan ubat Homeopathy secara layman physician ada yang memberi pertolongan kepada masyarakatnya di Malaya dan ada yang membuka kedai-kedai ubat Homeopathy di bandar-bandar besar di negeri ini. Masyarakat kita Melayu telah mula menerima jasa pertolongan perubatan Homeopathy ini kerana murah, senang dan sedap dimakan, lebih-lebih lagi perempuan dan kanak-kanak sangat tertarik dengan perubatan Homeopathy ini sesuai dengan adat kesenangan orang-orang Melayu.
No comments:
Post a Comment