Tuesday 22 November 2011

KHASIAT BAWANG PUTIH (Allium Sativum)

Bawang putih lebih popular sebagai bahan perisa masakan di dalam kebanyakan makanan. Namun begitu bawang putih juga sangat berkesan penggunaannya dalam bidang perubatan. Dalam ilmu perubatan melayu ada dinyatakan ‘Barang siapa memasuki sesebuah negeri dan takut dijangkiti wabak penyakit dalam negeri itu hendaklah ia memakan bawang putih bersama madu lebah’ Bawang putih juga berkesan penggunaannya untuk membuang angin dalam perut dan usus, mengaktifkan aliran darah, mengeluarkan kahak, merangsang perpeluhan, sebagai ubat cacing dan sebagai ubat anti Tuberculosis (TB).

        Ia menguatkan sistem imun dan merangsang penambahan sel darah putih yang melawan jangkitan, merangsang aktiviti sel Pembunuh Semulajadi (PS) dan meningkatkan kecekapan pengeluaran antibodi. Ia juga bertindak sebagai anti pengoksida yang mengurangkan pembinaan radikal bebas dalam aliran darah. Bawang putih juga menghapuskan bahan yang berpotensi karsinogen dan toksik lain, antibakteria, antikulat, antiinflamasi (bengkak), antimikrob (antikuman) dan antiparasit (insektisid). Ujian menunjukkan bawang putih membunuh atau melemahkan sekurang-kurangnya 72 bakteria berjangkit yang merebakkan penyakit cirit-birit, disenteri ( cirit-birit berdarah ), keracunan makanan yang serius ( botulisme ), tibi dan inflamasi otak ( ensefalitis ). Bawang putih merupakan salah satu bahan semula jadi yang paling kuat, kompleks dan pencegah bakteria yang paling banyak digunakan. Ia juga merupakan antibiotik dan antiseptik yang kuat dan  pernah digunakan untuk merawat jangkitan pada askar-askar rusia yang cedera semasa Perang Dunia Kedua.           

         Anda juga boleh mengurangkan risiko kanser perut ( beberapa kajian menunjukkan 40% ) apabila anda memakan banyak bawang putih. Ia juga adalah makanan mesra jantung memandangkan ia memastikan platelet tidak melekat dan menyebabkan pembuluh darah halus (kapilari) tersumbat. Kajian juga menunjukkan memakan seulas bawang putih sehari boleh mengurangkan paras kolesterol sekitar 9%. Ini adalah berita baik kepada pengidap darah tinggi dan mengurangkan risiko strok. Disamping memakan ubat darah tinggi atau ubat jantung, bawang putih boleh diambil sebagai pemakanan tambahan bagi membantu menurunkan tekanan darah tinggi, paras kolesterol (LDL), dan sebagai tonik untuk jantung.

        Selain itu ada beberapa khasiat lagi yang dapat dimanafaatkan dari ekstrak bawang putih ini seperti merawat bengkak sendi, lelah, penyakit arterosklerosis, batuk kokol, bisul, bronchitis, buasir, busung, kencing manis, menopause dan keputihan bagi wanita keracunan makanan, menghilangkan kebas-kebas anggota dan mencegah kelumpuhan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN TABLET BAWANG PUTIH
  • Semua orang terutama yang memasuki usia 40 ke atas.
  • Berat badan pada tahap Over Weight dan peringkat Obesiti (kegemukan)
  • Perokok.
  • Penggemar daging dan makanan berlemak.
  • Pengidap darah tinggi
  • Kolesterol tinggi
  • Uluran, angin medu atau gastric dan gastric ulcer
  • Pengidap jantung tersumbat (coronary artery disease)
  • Keturunan dan pengidap TB.
  • Pengidap strok/ kelumpuhan.

DOS PENGAMBILAN:       1  -  2 biji sehari
HARGA:                               RM40  (80 biji)

KELUARAN:, Pusat Homeopathy Darul Iman K2226, Taman Kastam, Geliga, Jln Kemaman – Kuantan, 24000    Kemaman, Terengganu   

Website:  http://pusathomeopathy.blogspot/,   email: awiehomeo@gmail.com,  Tel: 09 8687420,  017 9597400.

No comments:

Post a Comment