Seolah-olah telah
menjadi kelaziman apabila seseorang itu mengalami demam panas di samping
diberikan ubat langkah pertama ialah menanggalkan pakaian, kemudian dibasahkan
seluruh tubuh atau dimandikan, dikipaskan, akhir sekali jika terlalu panas
digunakan kaedah rendaman ais. Inilah prosidur biasa yang diamalkan oleh para
perawat dan doktor-doktor masa kini. Persoalannya adakah kaedah ini yang
terbaik dan berbetulan dengan anatomi serta fungsi-fungsi organ badan dalam
memulihkan atau menstabilkan kembali suhu badan pada tahap normal.
Demam disebut juga sebagai pyrexia atau hyperthermia ialah apabila suhu badan seseorang itu meningkat di antara 36.5°C - 37.5°C (hyperthermia terkawal) dan boleh mencecah kepada 37.5°C - 40°C (hyperthermia tidak terkawal). Demam bukanlah suatu penyakit. Ia adalah merupakan simptom-simptom atau gejala-gejala atau natijah dari keadaan tidak normal di dalam badan. Demam boleh timbul bilamana berlaku perubahan hormon serta kimia badan yang mendadak. Ini berlaku kepada orang yang amat terkejut, amat ketakutan, amat kerungsingan atau amat kerinduan. Demam juga boleh berlaku apabila sistem imun badan sedang berhadapan dengan serangan kuman virus atau bakteria yang menyebabkan berlakunya keradangan (inflammation) organ-organ tertentu dalam badan. Demam boleh juga timbul dari ledakan cuaca atau perubahan cuaca yang melampau, seperti orang yang melakukan perjalanan yang jauh, dari negeri panas kemudian berada di negeri yang sejuk atau sebaliknya.
Memandikan,
mengipas atau mengenakan tuaman ais keseluruh tubuh orang yang demam itu adalah
bertujuan untuk menurunkan suhu badan pesakit seberapa segera, Ini adalah
kerana dibimbangi suhu badan yang mencecah 40°C ke atas mengakhibatkan ledakan
pancutan darah ke otak, seterusnya akan menyebabkan apoplexy. Kesannya pesakit
akan menjurus menjadi sawan atau kerosakan kekal pada saraf otak
seterusnya membawa kepada kecacatan.
Namun adakah
benar dengan memandikan pesakit demam itu akan menyelesaikan masalah demam
tersebut? Membasahi badan orang yang demam secara berterusan itu mungkin akan
kelihatan badannya sejuk dan mungkin bacaan alat thermometer akan menunjukkan
bacaan yang normal, namun cuba gunakan stethoscope dan dengar kelajuan degupan
jantungnya. Jika suhu badan normal tapi degupan jantungnya sangat pantas
menunjukkan demam di dalam badannya masih wujud dan kesejukan luaran itu
hanyalah hasil pembenaman (suppression) yang dilakukan oleh air tersebut. Inilah
yang hendak kita bincangkan di sini dengan berdalilkan hujah-hujah saintifik.
Logiknya jika kita hendak menyejukkan badan adalah dengan mandian atau berkipas.
Itu adalah perkara normal bagi orang yang sihat. Namun berbeza dengan orang
yang vitality tubuh badannya lemah seperti orang yang mengidap demam tadi, keadaannya
amat berbeza. Anda andaikanlah jika kita mengeluarkan air yang begitu panas
dari sebiji gelas dan dengan tiba-tiba digantikan pula dengan ais, apa yang
terjadi? Gelas tersebut mungkin retak atau pecah. Ini adalah kerana perubahan
suhu yang mendadak berlaku pada gelas tersebut. Adakah anda terfikir mengapakah
orang yang baru saja lepas melakukan senaman atau aktiviti sukan tidak
digalakkan mandi ketika semasa badan sedang berpeluh. Cara yang terbaik ialah
mereka haruslah berehat sambil mengambil angin terbuka atau berkipas sehingga
kelajuan jantung dan suhu badan mereka berada pada tahap normal, kemudian
bolehlah mereka mandi.
Dalam merawat
demam mengapa ramai ahli perubatan tidak menghiraukan fungsi utama kulit
manusia iaitu mengawal suhu badan. Suhu badan yang abnormal dapat distabilkan
dengan membantu kulit berperanan memulihkannya kembali . Kulit manusia adalah
salah satu organ yang paling besar jika
dibandingkan dengan organ-organ yang lain seperti jantung, buah pinggang, hati,
limpa dan lain-lainnya. Kulit bukan sahaja berfungsi untuk melengkapkan
kecantikan tubuh badan manusia, ia membungkus keseluruhan anggota kita,
melindungi daripada serangan kuman, cuaca panas dan sejuk, ejen perkumuhan,
penghasilan vitamin D, malahan mengawal pengaruh suhu luaran kulit serta
memberi kestabilan suhu di dalam badan manusia. Bagaimanakah kulit berperanan
mengawal suhu badan kita? Jika digabungkan keluasan kulit dianggarkan kira-kira
1.5 hingga 2 meter persegi. Lemak yang tersimpan di bawah kulit adalah juga
berperanan sebagai penebat haba yang baik Terdapat reseptor-reseptor pada organ
kulit bagi menerima tindakbalas kulit samada sentuhan atau suhu panas dan
sejuk, kering dan basah. Reseptor ruffini berperanan menerima isyarat suhu
panas manakala reseptor Krause pula menerima isyarat sejuk pada kulit. Pada
kulit orang dewasa terdapat kira-kira sekitar empat juta liang-liang peluh.
Anda bayangkan dengan 4 juta liang peluh ini yang bertindak sebagai valve atau
pintu kawalan suhu badan manusia. Suhu badan manusia yang normal ialah sekitar
36°C. Jika suhu badan kita meningkat naik maka kulit secara outomatik
membenarkan liang-liang peluh terbuka untuk membebaskan suhu badan yang
berlebih. Sebaliknya jika reseptor kulit dapat mengesan suhu di luar kulit
lebih rendah dari suhu badan kita maka kulit akan menutup semua liang-liang roma
dan peluh. Ini akan menukarkan fungsi kulit sebagai penebat haba badan dari
keluar daripada badan. Dengan cara ini badan kita berupaya mengekalkan suhu
badan pada tahap normal. Walau bagaimana pun kulit itu sendiri memerlukan
perlindungan juga daripada ancaman luar seperti ancaman kecederaan atau suhu
yang ekstrem. Kalau haiwan kulit dihiasi dengan bulu, manakala manusia pula
dengan pakaian.
Mengairi atau
memandikan orang yang demam sebenarnya adalah kita telah merangsang reseptor
krause kulit menerima isyarat sejuk pada permukaan kulit. Pesakit demam akan
merasa seram sejuk dan terketar-ketar apabila tubuhnya terkena air. Rasa seram
sejuk serta bulu roma sekaliannya menegak adalah satu tindakbalas semulajadi
tubuh dari reseptor krause Apa yang
terjadi ialah seluruh liang-liang peluh akan tertutup maka kulit bertukar
peranan sebagai penebat haba badan. Haba dari dalam badan terhalang keluar dari
badan. Ini akan meningkatkan lagi suhu badan dan memburukkan keadaan orang yang
demam. Antara keburukan kaedah ini ialah ia melemahkan vital force atau
keimunan seseorang pesakit.
Cara yang
betul merawat orang yang demam panas ialah memberi bantuan dengan menyelimuti
seluruh badan pesakit demam itu dengan selimut yang tebal kecuali bahagian
kepala sahaja. Hanya kepala muka dan leher sahaja perlu di jirus kan air atau
jika perlu ais. Anda juga boleh menggunakan air yang di ramas dengan dedaun
seperti daun bunga raya, daun durian belanda, asam jawa atau air batu bertujuan
untuk menyejukkan bahagian kepala tapi bukan bahagian badan. Berilah apa-apa
ubat demam untuk dimakan oleh pesakit samada ubat hospital atau ubat
tradisional. Jika anda melakukan dengan betul hanya dalam beberapa minit sahaja
anda akan dapati pesakit berkenaan berpeluh seluruh tubuh, wajahnya akan
kelihatan kemerah-merahan dan berpeluh serta suhu badan akan menurun.
Mengapakah ini terjadi? Apabila badan kita diselimuti ia akan memerangkap haba
antara permukaan kulit dan selimut. Reseptor
ruffini akan mengesan haba panas yang terperangkap di permukaan kulit,
tindakbalas semulajadi kulit ialah dengan membuka semua liang-liang roma dan
peluh yang sebanyak 4 juta itu. Ini akan membenarkan laluan mudah untuk suhu
panas dalam badan untuk keluar dari badan. Seluruh tubuh akan dibasahi peluh
yang keluar bersama haba dari dalam badan. Denyutan jantung akan mula menurun
ketahap normal yang menunjukkan darah kembali mengalir normal.
Kaedah yang
dinyatakan di atas bukanlah perkara baru dalam ilmu perubatan. Ianya adalah
kaedah ilmu Tibb Lukman Al Hakim, seorang wali Allah yang diceritakan di dalam
quran serta diamalkan oleh ulama-ulama serta thobib-thobib Islam sejak zaman
berzaman. Pengamalan perubatan kaedah barat telah menenggelamkan kaedah Luqman
ini dan ia menjadi suatu yang nadir. Jika seseorang merawat demam dengan kaedah
tersebut maka ia dianggap bertentangan dengan kaedah moden, tetapi sebenarnya
ianya tidak bertentangan lansung dengan tabii susunan dan sistem tubuh badan
manusia. Malahan ianya lebih selamat dan lebih berkesan.